7:03 PG

~ tHe ziKIR ~

O

tak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

10:35 PG

Penghuni syurga...


Suatu ketika Nabi Muhammad saw. Duduk di masjid dan berbincang- bincang dengan sahabatnya. Tiba-tiba beliau bersabda: "Sebentar lagi seorang penghuni surga akan masuk kemari." Semua mata pun tertuju ke pintu masjid dan pikiran para hadirin membayangkan seorang yang luar biasa. "Penghuni syurga, penghuni syurga," demikian gumam mereka.

Beberapa saat kemudian masuklah seorang dengan air wudhu yang masih membasahi wajahnya dan dengan tangan menjinjing sepasang alas kaki. Apa gerangan keistimewaan orang itu sehingga mendapat jaminan syurga?

Tidak seorangpun yang berani bertanya walau seluruh hadirin merindukan jawabannya.
Keesokan harinya peristiwa di atas terulang kembali. Ucapan Nabi
dan "si penghuni" surga dengan keadaan yang semuanya terulang, bahkan
pada hari ketiga pun terjadi hal yang demikian.

Abdullah ibnu'Amr tidak tahan lagi, meskipun ia tidak berani bertanya dan khawatir jangan sampai ia mendapat jawaban yang tidak memuaskannya. Maka timbullah sesuatu dalam benaknya. Dia mendatangi si penghuni surga sambil berkata: "Saudara, telah terjadi kesalah pahaman antara aku dan orang tuaku, dapatkah aku menumpang di rumah anda selama tiga hari?"

"Tentu, tentu….," jawab si penghuni surga.

Rupanya Abdullah ingin melihat secara langsung amalan si penghuni surga.
Tiga hari tiga malam ia memperhatikan, mengamati bahkan mengintip si penghuni surga, tetapi tidak ada sesuatu pun yang istimewa. Tidak ada ibadah khusus yang dilakukan si penghuni surga. Tidak ada solat malam, tidak pula sunnah. Ia bahkan tidur dengan nyenyaknya hingga
beberapa saat sebelum fajar. Memang sesekali ia terbangun dan ketika
itu terdengar menyebut nama Allah di pembaringannya, tetapi sejenak
saja dan tidurnya pun berlanjut.

Pada siang hari si penghuni surga bekerja dengan tekun. Ia ke pasar,
sebagaimana halnya semua orang yang ke pasar. "Pasti ada sesuatu yang
disembunyikan atau yang tak sempat kulihat. Aku harus berterus terang
kepadanya," demikian pikir Abdullah.

"Apakah yang anda perbuat sehingga Anda mendapat jaminan surga?"
tanya Abdullah.

"Apa yang anda lihat itulah!" jawab si penghuni surga.

Dengan kecewa Abdullah bermaksud kembali saja ke rumah, tetapi tiba-
tiba tangannya dipegang oleh si penghuni surga seraya berkata: "Apa yang anda lihat itulah yang saya lakukan, ditambah sedikit lagi,yaitu saya tidak pernah merasa iri hati terhadap seseorang yang dianugrahi nikmat oleh Tuhan. Tidak pernah pula saya melakukan
penipuan dalam segala aktiviti saya."

Dengan menundukkan kepala Abdullah meninggalkan si penghuni surga
sambil berkata: "Rupanya yang demikian itulah yang menjadikan Anda mendapat jaminan syurga."

Kisah di atas dipetik dari buku Fath Al-Nubuwah.

"mampukah kita mengikuti jejaknya?"

Wallahu A'lam

12:52 PTG

Siapakah Anda??

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil pusing akan waktu
shalatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata, "Ya Rabbi Aku ridha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
Tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
senantiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal
amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan kemana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi menghimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni surga kelak
karena telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.

2:11 PTG

5/6 - aKu yG sEmaKiN mUdA...

J

un ini...merakamkan satu lagi peristiwa bersejarah dalam hidupku ini...tak lain tak bukan bertambah lagi umurku yg sedia dh byk ni..huhuhu.

5/6 - Sejarah berulang kembali..tarikh keramat itu sentiasa berlegar-legar dalam hidup ini..sentiasa menghantui diri ini.Dan tarikh ini membuatkan aku merasa semakin muda..ke arah kematian..semakin hampir menuju kepadaNya..


Semalam aku merasa saat paling bahagia..kerana ramai sahabat2 dan rakan2 wish my birthday ni..terasa sungguh terharu..terasa dihargai..thanks..syukran..jazakumullah kawan2..

Seolah-olah mendapat semangat yang baru untuk meneruskan perjuangan hidup ini yang masih panjang..tiada perhentian.Tekad dan semangat baru untuk terus mendalami ilmu milik Yang Esa ini..demi diri ini dan masyarakat yang amat memerlukannya saat ini.


Masih lagi dalam fatrah imtihan..yang berbaki kira-kira 3 madah lagi...terasa begitu berat kerana banyak yg perlu di hafal dan difahami..Dan terasa begitu banyak lagi ilmu yang masih tersimpan..tak diketahui.Itulah Ilmu Allah yang selaus lautan di dunia ini..berbanding ilmu yang kita tahu hanya setitik sahaja..

Selagi ada masa..teruskan usaha untuk belajar lagi dan lagi..sehinggalah kita xmampu yakni..sudah ditanam bersama tanah.Ada pepatah " Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke lahad" kata-kata yang sungguh mendalam maknanya..mengalakkan kita supaya sentiasa mengejar dan mengisi masa-masa kita dengan menuntut ilmu.Apabila kita sudah berilmu..hendaklah sampaikan pada yang tidak mengetahuinya..janganlah kita sombong dan bongkak dengan ilmu yang kita ada.Semoga kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan nikmatNya yang melimpah ruah ini..aminn..wallahualam..

9:33 PG

Muhasabah Diri..


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (al-Bukhari dan Muslim)

Firman Allah: (Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari minta-minta

Renungan sejenak:"Bagi org2 yg berbuat baik,ada pahala yg terbaik(syurga) dan tambahannya.Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak pula kehinaan.Mereka itulah penghuni syurga,mereka kekal didalamnya."-Surah Yunus:26

Bergunung mana pun harta bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa" "Segagah mana pun diri bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan" "Secantik mana pun rupa nan ayu bukanlah namanya ratu jika buruk tingkahlaku" "Setinggi mana pun darjatnya bukanlah mulia jika tiada iman didada" "Melangit mana pun ilmu bukanlah namanya bijaksana jika tidak diamal dan digunakan" "Sealim mana pun warak bukanlah namanya ulama' jika takbur dan riak" "Sebesar mana pun ujian bukanlah namanya beban jika hati sentiasa pada yang Esa"

Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah,bertenang dalam menanggung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal,rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja,namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum,perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal,pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut,siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai,malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan,Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."

Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat.) -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim faiz matzaid: Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yang sering mengingatkn samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yang terbaik juga adalah teman yang sentiasa mentarbiahkan diri&sahabatnya kepad Allah. Wahai sahabat,ssungguhnya diri ini hanyalah insan yang lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dgn tarbiah2

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!” Riwayat Ibnu Hibban

Dari Ibnu Umar r.a katanya, Nabi SAW bersabda:”Jangan kamu beli barang yang sedang ditawar oleh saudaramu; jangan kamu pinang wanita yang sedang dipinang saudaramu, melainkan apabila telah diizinkannya.” (Muslim)

11:56 PG

Belaian IBU - hijjaz


Tertanam naluri keibuan amat mendalam

Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh… Ibu

.::. Selamat Hari Ibu..Happy Mother's Day..Ai'dul Umm Sa'id..
I LOVE U MUM...Always in my heart .::.

3:52 PTG

" Kalau tak suka..pulangkan!! "

K

ereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila&" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.


"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak?"

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila&" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila&

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

1:29 PG

MoNOLog riNDu bUatMu...

M


ay ini mengimbau kembali ku pada setanggal tarikh yg bersejarah..pada seseorang yang sangat kurindui..pada sebuah nama yang berjasa..sentiasa terpahat dalam hati ini..selamanya..

13 may 1959 merupakan tarikh kelahirannya...diciptakan untuk melahirkanku kedunia yang serba indah ini.Pertama kali mataku terbuka memandangnya..kumenganguminya. Ketabahannya mengandungkanku 9 bulan lebih..mendidik serta mengasuhku tanpa sepatah keluhan sehingga ku menjadi insan yang berguna..Belaian mesra itu kukenangi sehingga kini.sungguh kuterharu.

13 may..tarikh itu tetap wujud setiap tahun,akan berulang-ulang kali..tetapi pemiliknya hanya tinggal kenangan.tidak lagi wujud dan tidak akan wujud didunia fana ini.ahh....aku betul-betul merinduimu ibu...mengapa secepat itu ibu pergi meninggalkanku...aku kesepian tanpa ibu.

Tarikh itu...7 mac 2001..masih kuingat saat itu..tarikh keramat ibu meninggalkanku ...tinggal selamanya.tiada lagi insan bernama ibu disisiku..aku kesedihan.bagaimana harus ku harungi hidup ini tanpamu ibu...aku lemah..aku tiada daya..akhirnya aku pasrah ibu...aku tahu DIA lebih berhak menyanyangimu..itulah takdirNya untukmu ibu.

Sebelum kita berpisah..masih kuingat saat itu.........
3 hari sebelum pemergianmu...aku baru pulang dari asrama sempena cuti Hari Raya Adha..adik-adik pun baru pulang dari sekolah agama petang..sedikit lewat.abang-abang mungkin akan pulang malam ini ataupun esok pagi..tekaku dalam hati.lebih kurang jam 8.00 malam lepas isyak..ibu baru pulang dari tempat kerja..ibu nampak letih..tapi ceria melihat kepulanganku..malam itu aku menghabiskan masa berbual mesra dengan ibu..cerita berkenaan sekolah dan sebagainya...ibu gembira..aku pun gembira.

2 hari...ibu mengejutkan aku yang terbaring dikusyen..menyuruhku berkemas-kemas untuk persiapan raya esok hari.aku bangun malas..abang-abang belum sampai lagi..terpaksalah aku berkemas seorang diri...kadang-kadang ditolong oleh adik-adik walaupun lebih banyak menyepahkan..aduuhh..aku menukar sarung kusyen..ibu sibuk memasak didapur.Selesai masak..ibu nampak penat dan mengadu seperti hendak demam...aku membentang tilam dan menyediakn ubat untuk ibu.Ibu terbaring lesu.Malam itu ibu menelefon kawan sekerjanya supaya memberitahu majikan mereka bahawa ibu mahu berhenti kerja...kami terkejut...tetapi aku sedikit gembira kerana selepas ini lebih banyak masa bole bermesra dengan ibu.Abang-abang pun sudah sampai semuanya.Malam itu kami bercerita lagi..ibu gembira kerana puasa ramadhan lepas ibu dapat berpuasa penuh..aku pun tersenyum tanpa syak apa-apa pun.

1 hari...takbir raya bergema..suasana ceria,berwarna-warni,kanak-kanak berlari riang.Selesai solat raya kami pulang...ibu masih lagi dipembaringan..lesu tiada daya.adik perempuan kami seorang tu yg jaga ibu ketika kami solat tadi.Aku mengambil alih tempatnya..ibu meminta air dan supaya dikipaskan.aku turuti sambil menyiapkan latihan add math.Ayah ke surau bergotong-royong menyembelih korban.Seringkali aku tertidur ketika mengipasi ibu...tersedar sahaja aku lihat ibu masih belum tidur.. bibir ibu nampak biru lebam.Malam itu ayah membawa ibu ke rumah makcik tukang urut di kampung sebelah memandangkan klinik tutup sempena raya.Selesai urut,makcik itu memberitahu ayah sesuatu yang sangat mengejutkan..ayah tergamam..tetapi tidak memberitahu kami sehingga ia benar-benar terjadi.Malam itu juga angah dan abg lan pulang ke tempat mereka kerana cuti yang pendek.Hanya along dapat cuti panjang.

Hari itu..aku masih mengipasi ibu dipembaringan sambil menyiapkan baki latihan add math.Ayah berkerja...adik-adik sudah ke sekolah.Seringkali ibu bertanya jam pukul berapa dan ayah sudah pulang atau belum.Ibu mengingatkanku agar mengejutnya pada jam 2 untuk mandi.Aku mengangguk mengikut rentak kipas.Tepat jam 2..aku mempimpin ibu ke bilik air.Selesai mandi ibu terbaring lagi di katil dalam bilik.Kedengaran bunyi motor ayah pulang.Dada ibu berombak kencang...ibu minta diselimutkan...aku mula rasa tidak sedap hati.Ayah mengajak aku untuk membawa ibu ke klinik.Kami mempimpin ibu ke kereta..ketika sampai didepan pintu rumah..tiba-tiba ibu terpelosok jatuh.Aku dan
ayah cepat-cepat mengangkat ibu masuk terus kedalam kereta.Ayah memandu ke klinik
berdekatan..dalam kereta ibu sedang terbaring nazak..ayah menyuruh aku mengajarkan
syahadah..mulut ibu kumat-kamit mengikut..alhmdulilah,walaupun tiada bunyi.

Sesampai diklinik..melihat keaadan ibu yang mukanya hampir biru,doktor dan misi membawa ibu terus ke biik ICU.Kami menunggu diluar..sementara itu aku menelefon nenek dikampung...aku memberitahu ibu sedang nazak..nenek hampir pengsan.Doktor keluar dari bilik ICU...membawa berita yang menyedihkan bahawa ibu tidak dapat diselamatkan.Kami tergamam...tiada kata dapat dilafazkan ketika itu..sedih yang teramat.Doktor membenarkan kami masuk ke dalam bagi melihat jenazah ibu.Sesuatu yang ajaib berlaku ...ibu seakan bernafas kembali..tetapi hanya seketika..nafas yang terakhir.Allah mengizikan kami melihat nafas terakhir ibu...alhmdulilah.

Hujan renyai-renyai...langit suram seakan turut menangisi kematian ibu,aku mengiringi jenazah ibu menaiki kereta jenazah menuju ke rumah.Ayah pula ke balai polis bersebelahan melaporkan kematian ibu.Sesampai dirumah..orang ramai sudah menunggu.Jenazah ibu dibawa ke dalam dan diletakkan diatas katil di tengah-tengah ruang tamu rumah.Nenek dan saudara dikampung tiba setelah setengah jam.Bacaan Quran dan Yassin mula bergema.Orang ramai mula memenuhi ruang rumah sehingga malam.

Selesai dimandi dan dikafankan...jenazah ibu dibawa ke surau untuk disembahyangkan. Ramainya orang menyebabkan jenazah disembahyangkan beberapa kali.Jenazah ibu akan dikebumikan pada malam itu juga.Suasana sunyi seketika..hujan tadi sudah reda... gelap..hanya cahaya bulan penuh dan cahaya lampu dari surau menerangi kawasan perkuburan itu.Jenazah ibu diturunkan kedalam kubur..aku dapat lihat wajah ibu dengan jelas ketika dibuka penutup kafan dimuka..tersenyum.

Ibu...aku pasrah dengan pemergianmu..aku redha setelah puas menatapi wajahmu yang seakan bercahaya ketika dipembaringan kafan.Nenek pun berkata begitu.Aku kagum dengan hidupmu yang taat pada ayah..tidak pernah melangkah keluar tanpa izinnya walaupun sekali.Ibu keluar bekerja dahulu pun dengan izin ayah bagi membantu mengurangkan beban menanggung kami.

Ibu...sungguh kami terkejut ketika diberitahu ayah dari makcik tukang urut itu..bahawa rahim ibu sudah jatuh dan tidak boleh dinaikkan semula menandakan ajal sudah hampir.Dan puasa itu baru kusedar rupanya ibu tidak akan ada hutang lagi...dan tidak menyusahkan waris untuk membayar fidyah.Jenazah ibu dikebumikan pada waktu malam pun merupakan suatu rahmat..kerana sebaik-baik jenazah wanita adalah dikebumikan pada waktu malam agar tidak dilihat auratnya.

Ibu..kini aku kesepian tanpamu..tidak dapat kubayangkan tanpa ibu disisi..kasih sayang yang ibu curahkan tersemat dihati..aku seringkali bermimpikanmu..berbual denganmu seolah-olah ibu masih hidup.hakikatnya wajah ibu hanya bayangan.ibu..aku menitipkanmu sebuah sajak khas untukmu..jika ibu dapat membacanya..alangkah gembiranya hati ini..hanya untukmu ibu....(sajak lihat pada entry 31 may 2007)

p/s: hargailah ibubapa kita sementara mereka masih bernyawa..terimalah mereka seadanya..tanpa mereka tiadalah kita.

6:57 PG

9 Tarbiyah Insaniah..

Sembilan aspek pendidikan bagi Muslim unggulan


T

iada guru sehebat Nabi Muhammad Shalallaahu 'alaihi wa sallam, dan tiada murid sehebat para shahabat Radhiallaahu 'anhum. Ummat ini tidak akan menjadi baik kecuali dengan apa yang telah membuat baik generasi pertamanya itu. Nabi sebagai guru terbaik tidak berkata-kata, bersikap, dan bertindak kecuali dengan bimbingan dari Allah Subhaanahu wa ta'ala. Sedangkan para shahabat mengisi hari-harinya selama lebih 20 tahun dengan semua keteladanan gurunya itu secara kreatif dan independen.

Berbagai usaha dilakukan para ulama dari berbagai zaman untuk menggali dan merumuskan manhaj Rasulullah serta tahap-tahapnya mendidik Muslimin generasi pertama menjadi manusia-manusia unggulan sepanjang masa. Di antara para ulama agung itu adalah Ibnu Qayyim al-Jauziyah (lahir di Damaskus 691H). Hasan bin Ali Hasan al-Hijazy merangkum pemikiran Ibnu Qayyim yang tersebar itu dalam sebuah disertasi doktornya di Fakulti Ilmu-ilmu Sosial jurusan Tarbiyah Universiti Imam Muhammad bin Su'ud, Arab Saudi (Manhaj Tarbiyah Ibnu Qayyim, penerbit al-Kautsar, Jakarta, Pebruari 2001). Di bawah ini adalah tips melaksanakan 9 jenis tarbiyah yang digali Ibnu Qayyim rangkuman Dr Hasan al-Hijazy itu.

1. Tarbiyah Imaniyah (mendidik iman)
Ada tiga sarana (wasilah) untuk mendidik iman. Pertama, selalu mentadabburi (mengamati, mempelajari, menghayati) tanda-tanda kekuasaan Allah Dzat Pencipta serta keluasan rahmat dan hikmah perbuatan-Nya. Tadabbur itu bisa dilakukan dengan penglihatan biasa (bashirah), bisa pula dengan penalaran akal sehat, dengan mentadabbur kekuasaan Allah, hasil-hasil ciptaan-Nya, gejala-gejala alam, kesempurnaan penciptaan manusia, juga ayat-ayat al-Qur'an.
Kedua, selalu mengingat kematian yang penuh kepastian. Ketiga, mendalami fungsi semua jenis ibadah ibadah sebagai salah satu cara mendidik iman. Caranya dengan banyak mengerjakan amal shalih yang sendi utamanya adalah keikhlasan; juga memperbanyak doa dan harapan kepada Allah semata; menghindari riya' dalam berkata dan bertindak; mencintai firman Allah; berkeyakinan bahwa kelak akan berjumpa langsung dengan Allah; terakhir, melanggengkan rasa syukur dalam keadaan apapun.

2. Tarbiyah Ruhiyah (mendidik ruhani)
Ibnu Qayyim mencatat 7 cara melakukan tarbiyah ruhiyah, yaitu: memperdalam iman kepada hal-hal (ghaib) yang dikabarkan Allah seperti azab kubur, alam barzakh, akhirat, hari perhitungan; memperbanyak dzikir dan shalat; melakukan muhasabah (introspeksi diri) setiap hari sebelum tidur; mentadabburi makhluk Allah yang banyak menyimpan bukti-bukti kekuasaan, ketauhidan, dan kesempurnaan sifat Allah; serta mengagungkan, menghormati, dan mengindahkan seluruh perintah dan larangan Allah.

3. Tarbiyah Fikriyah (mendidik pikiran)
Kegiatan tafakkur (merenung/berkontemplasi) menurut Ibnu Qayyim adalah menyingkap beberapa perkara dan membedakan tingkatannya dalam timbangan kebaikan dan keburukan. Dengan tafakkur, seseorang bisa membedakan antara yang hina dan yang mulia, dan antara yang lebih buruk dari yang buruk. Kata Imam Syafi'i, "Minta tolonglah atas pembicaraanmu dengan diam dan atas analisamu dengan tafakkur." Ibnu Qayyim mengomentari kalimat itu dengan berkata, "Yang demikian itu dikarenakan tafakkur adalah amalan hati, dan ibadah adalah amalan jawarih (fisik), sedang kedudukan hati itu lebih mulia daripada jawarih, maka amal hati lebih mulia daripada amal jawarih. Di samping itu, tafakkur bisa membawa seseorang kepada keimanan yang tak bisa diraih oleh amal semata." Sebaik-baik tafakkur adalah saat membaca al-Qur'an, yang akan mengantar manusia kepada ma'rifatullah (mengenal Allah).

4. Tarbiyah 'Athifiyah (mendidik perasaan)
Naluri (insting), kesedihan, kegembiraan, kemarahan, ketakutan, dan cinta merupakan perasaan-perasaan utama yang selalu mendera manusia. Sedangkan cinta adalah perasaan yang bisa menjadi motivasi paling kuat untuk menggerakkan manusia melakukan apapun. Maka Ibnu Qayyim memberi 11 resep menduduk perasaan cinta, yaitu: menanamkan perasaan yang kuat bahwa seorang hamba sangat membutuhkan Allah, bukan yang lain; meyakinkan diri sendiri bahwa satu hati yang menjadi milik manusia harus dipenuhi hanya oleh satu cinta; mengokohkan perasaan bahwa pemilik segala sesuatu di dunia ini Allah semata; beribadah kepada Allah dengan nama-namanya Yang Maha Awal, Maha Akhir, Maha Zhahir, dan Maha Bathin demi menumbuhkan rasa fakir (butuh) kepada Allah; bersikap tegas bahwa tak ada yang lebih tinggi dan mulia kedudukannya sesudah Allah; menanamkan ma'rifat tentang betapa banyak nikmat Allah dan betapa banyak kelemahan kita; menanamkan ma'rifat bahwa Allah-lah yang telah menciptakan semua perbuatan hambanya dan telah menanamkan iman di dalam hatinya; menanamkan perasaan butuh pada hidayah Allah dalam setiap detik kehidupannya; serius memanjatkan doa-doa yang meminta pertolongan Allah dalam menghadapi apapun; menanamkan kesadaran penuh akan nikmat dan karunia-Nya yang begitu banyak; serta, menanamkan ilmu bahwa cinta kepada Allah merupakan tuntutan iman.

5. Tarbiyah Khuluqiyah (mendidik akhlaq)
Misi utama Rasulullah di muka bumi untuk menyempurnakan akhlaq manusia. Contoh-contoh utama akhlaq mulia yang diharapkan dari seorang Muslim adalah sabar, syaja'ah (keberanian), al-itsar (mendahulukan kepentingan orang lain), syukur, jujur, dan amanah. Cara mendidikkan aklaq yang mulia itu adalah: pertama, mengosongkan hati dari iktikad dan kecintaan kepada segala hal yang bathil; kedua, mengaktifkan dan menyertakan seseorang dalam perbuatan baik (al-birr); ketiga, melatih dan membiasakan seseorang dalam perbuatan baik itu; keempat, memberi gambaran yang buruk tentang akhlaq tercela; dan kelima, menunjukkan bukti-bukti nyata sebagai buah dari akhlaq yang mulia.

6. Tarbiyah Ijtimaiyah (mendidik bermasyarakat)
Pendidikan kemasyarakatan yang baik adalah yang selalu memperhatikan perasaan orang lain. Seorang Muslim dalam masyarakat tidak dibenarkan menyakiti saudaranya walaupun hanya dengan menebarkan bau yang tidak enak. Bahkan Ibnu Qayyim berpendapat, tidak cukup hanya tidak menyakiti perasaan, seorang Muslim harus mampu membahagiakan dan menyenangkan hati saudara-saudara di sekitarnya.

7. Tarbiyah Iradiyah (mendidik cita-cita)
Tarbiyah iradiyah berfungsi mendidik setiap Muslim untuk memiliki kecintaan terhadap sesuatu yang dicita-citakan, tegar menanggung derita di jalannya, sabar dalam menempuhnya mengingat hasil yang kelak akan diraihnya serta melatih jiwa dengan kesungguhan dalam beramal. Tanda-tanda iradah yang sehat adalah kegelisahan hati dalam mencari keridhaan Allah dan persiapan untuk bertemu dengan-Nya. Seseorang yang iradah-nya sehat juga akan bersedih karena menghabiskan waktu untuk sesuatu yang tidak diridhai Allah. Sedangkan iradah yang rusak akan lahir dalam bentuk penyakit ilmu, pengetahuan, dan keahlian yang berlawanan dengan syari'ah Allah.

8. Tarbiyah Badaniyah (mendidik jasmani)
Seorang Muslim harus secara terprogram memperhatikan unsur badan, menjaganya dan memenuhi hak-haknya secara sempurna. Perhatian yang demikian akan mengantarkan seseorang pada ketaatan penuh dan kesempurnaan dalam menjalankan semua yang diwajibkan Allah kepadanya. Tarbiyah badaniyah ini meliputi: pembinaan badan di waktu sehat; pengobatan di waktu sakit; pemenuhan kebutuhan gizi; serta olah raga (tarbiyah riyadhah).

9. Tarbiyah Jinsiyah (pendidikan seks)
Insting seks merupakan sesuatu yang diciptakan Allah, yang segera diwadahi oleh satu-satunya lembaga halal yaitu pernikahan. Faedah dari seks (jima') menurut Ibnu Qayyim adalah: pertama, menjaga dan melestarikan kehidupan manusia; kedua, mengeluarkan sperma yang jika tertimbun terlalu lama dalam tubuh akan membahayakan kesehatan manusia; dan ketiga, wasilah untuk memenuhi hajat seksual dan untuk meraih kenikmatan batin dan biologis.
Tarbiyah jinsiyah bisa dilakukan dengan cara-cara sebagai berikut: memperbanyak pembicaraan tentang bahaya-bahaya zina dan berbagai kerusakan yang ditumbulkannya, termasuk ancaman terhadap dosa zina; menyebarluaskan peringatan dan penjelasan tentang bahaya serta kerusakan-kerusakan yang ditimbulkan perilaku homoseksual; menjadikan kebiasaan untuk membatasi pandangan mata sebagai kebudayaan di tengah masyarakat; tidak berkata-kata maupun melangkahkan kaki kecuali kepada hal-hal yang pasti mendapat pahala dari Allah; menyatakan perang terhadap semua bentuk nafsu dan keinginan yang buruk; meniadakan waktu yang kosong; memperbanyak ibadah sunnah; melarang anak-anak bergaul dengan teman yang buruk akhlaqnya; melarang anak-anak dengan keras untuk mendekati khamr (minuman keras); serta melindungi anak dari penyimpangan fitrah kelaminnya.

9:35 PG

biCaRa ttg sAHAbaT..


B

ila kita berbicara soal sahabat,persoalan yg pasti timbul ialah siapa sahabat rapat anda?@siapa kawan baik awak?Perbahasan kawan baik ini amat panjang utk diperbincangkan hanya ciri-cirinya sahaja.Kerana dia amat penting dalam menunjuk arah dan membimbing kita kearah yang benar.Dia tempat kita bersenda tawa bahkan juga tempat berdukacita mengadu hati meluah masalah.

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan
harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

>>> Bijaklah dalam memilih teman sejati <<<

1:02 PG

Pudarnya suasana itu..

B

ersiar-siar malam tadi telah membuka minda saya untuk berbicara soal itu.Dalam sibuk mencari bahan keperluan rumah yang telah habis memperlihatkan saya suasana remaja kita masa kini.Suasana sebenar kehidupan pemuda pemudi yang bercampur gaul tanpa batas dengan trend pakaian ala barat.Bukan tidak saya lihatnya sebelum ini tetapi kejadian malam itu membuatkan jari-jemari saya ketagih untuk menari bagi memberitahu pada umum perkara ini.

Bertepuk tampar tanpa segan silu,gelak ketawa dan bergurau senda tanpa memikirkan pandangan orang sekeliling bukanlah budaya kita dan bukan juga ajaran islam.Suasana itulah yang menyerap dalam mata ini lantas menusuk terus ke dalam jiwa.terbakar.

Bila kita bandingkan kenyataan yang kita dapati pada hari ini dan kisah masa lalu, maka yang terucap hanyalah kata rindu, rindu kepada masa lalu. Betapa orang-orang dahulu begitu menjaga wanita mereka. Tidak mereka biarkan wanita mereka terlihat oleh mata-mata yang tidak halal, apalagi terkena sentuhan. Merupakan suatu aib bagi mereka bila wanita keluar rumah tanpa memakai kain penutup seluruh tubuhnya. Suatu cela bagi mereka bila ada lelaki lain berbicara dengan wanita mereka. Mereka lazimkan wanita untuk mengenakan perhiasan rasa malu dan ‘iffah (menjaga kehormatan dan harga diri).

Perbuatan seperti itu bukan sekedar tradisi dan budaya suatu masyarakat atau bangsa tertentu. Namun demikianlah yang diinginkan dalam syariat agama yang mulia ini. Dengan ghirah ini kemuliaan mereka pun tetap terjaga dan akhlak mereka terpelihara. Namun ketika ghirah ditanggalkan dan wanita dibiarkan keluar dari rumahnya tanpa rasa malu, terjadilah apa yang terjadi. Fitnah dan kerosakan moral yang tak terkira.

Nabi jauh sebelumnya telah memperingatkan:
Sesungguhnya dunia ini manis dan hijau. Dan Allah menjadikan kamu sebagai pengatur di dalamnya dengan turun temurun, lalu Dia melihat bagaimana kamu berbuat. Maka hati-hatilah kamu dari dunia dan hati-hatilah kalian dari wanita kerana awal fitnah yang menimpa Bani Israil adalah pada wanitanya.” (Sohih, HR. Muslim no. 2742)

Zaman memang telah berubah.Suasana manusia semakin jauh dari akhlak yang lurus. Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
Tidak datang kepada kalian suatu zaman kecuali zaman setelahnya lebih jelek darinya (yakni dari zaman sebelumnya) hingga kamu bertemu dengan Tuhan kamu.” (Sohih, HR. Al-Bukhari no. 7068)

>>Ya Allah peliharalah kami serta keturunan kami dari azabmu..aminn<<

12:57 PG

Pemuda Harapan..

S

yair buat si pemuda yang gagah mempertahankan Iman dalam dirinya ku dendangkan hanya untukmu..


Pemuda Islam adalah pemuda harapan
Yang dengan tangannya lahir sebuah kejayaan
Menapak kehidupan dengan cahaya iman
Bergerak ke depan meraih kemenangan

Kita adalah singa-singa Ar-Rahman
Hancur binasa musuh berbisa
Kita pejuang pembela kebenaran
Lepas belenggu runtuhkan angkara murka

Semangatmu bagaikan api menyala
Terguguhlah jiwa untuk turut berjuang
Pandangan matamu tebarkan cahaya
Hapuskan angan-angan
raih kemenangan..
raih kemenangan

Bangkitlah wahai pemuda islam
Kau tunas harapan penuh penantian
Wujudlah cita dan impian
Dengan kekuatan kita akan berjaya
Bergerak kedepan raih kemenangan
raih kemenangan...

nukilan : Puteri Jiwa


5:32 PTG

Si Solehah yg mengujai diri..


Zaujah Solehah
Penghibur Hati
Zaujah solehah
Sentiasa tenang jiwanya

Lantaran sentiasa membesarkan Allah di dalam solatnya
Dan Sunnah Rasulullah menjadi jalan hidupnya
Kalamullah adalah akhbar dan hiburan
Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan

Sumber jiwanya beroleh kekuatan
Agar sabar merintangi musibah
Istiqamah dalam mujahaddah
Berteguh menjunjung hukum-hakam Allah

Jiwanya damai, tidak mudah bergoncang
Ujian hidup baginya fitrah;
Sebagai mehnah, didikan terus dari Allah
Salah satu antara dua :
tanda kasih sayang Allah atau penghapusan dosa yang meningkatkan iman

Berwaspada dengan firman Allah :
" Barangsiapa yang tidak rela terhadap takdir Ku tidak sabar terhadap
cubaan Ku dan tidak syukur terhadap nikmat pemberian Ku, maka carilah
Tuhan selain Aku"

Berkhalwah pasrah di hujung malam munajatnya adalah bicara cinta
Rintihan dan pengaduan adalah bait puitis
Tidak pernah merelakan dirinya hanyut dibuai perasaan
Gelodak rasanya tidak mudah dituruti

Dia insaf
Hiburan yang tidak membimbing jiwa ke arah cinta ketuhanan
Adalah pembohongan dan sia-sia
Ketenangan yang diilhamkan hanyalah sementara
Sentuhan iramanya tidakkan mampu memecahkan masalah
Gemerlap sinarnya tidakkan menyuluh jalan keluar
Bahkan jiwanya yang sakit akan semakin parah
Tusukan asyiknya adalah jarum-jarum syaitan
Matahati akan buta, kaburlah hikmah yang tersirat
Tidakkan nampak jalan akhirat
Inilah yang ditakuti dan sentiasa diawasinya !!

Maka kepada Allah lah dipanjatkan segala pengaduan dan Dia-lah
sebaik-baik tempat pergantungan.
Seperti yang dinukilkan dalam firman Allah :
"Apabila ditimpa musibah , mereka mengucapkan; Sesungguhnya kami adalah
milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat
keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannnya dan mereka itulah
orang-orang yang mendapat petunjuk"
(Al-Baqarah : 156-157 )

Inilah wanita solehah
yang tidak akan membiarkan dirinya
menjadi busar panahan syaitan
diperalatkan untuk mengumpan kaum Adam

Memandangnya menyejukkan mata
Dirinya yang tenteram memberikan hiburan
Kiranya ia seorang isteri
keperibadiannya akan menghibur suami

Seperti yang diungkap oleh pujanga sufi
" Rumahtangga menjadi gelanggang dan kebanggaan
Anak-anak menjadi murid
Dialah mursyidnya
Harta suami dijaga dengan sempurna
Dilepaskan suami berjuang dengan rela dan bangga
Dirumah dan diluar
Maruahnya sentiasa dijaga
Sentiasa menguntum senyum
Dihadapan suami
Sanggup hidup berdua
Mati bersama
Lantaran mengharap keredhaan Allah semata-mata

Memadai dengan apa yang ada
Tidak pernah menuntut apa yang tiada
Menjadi tulang belakang perjuangan suami
Hingga suaminya terasa
Rumah itu syurga
Menjadi sumber kekuatan jiwa dalam menegakkan jihadnya
Natijahnya : Lahirlah jiwa sakinnah bernafsu mutmainnah
Dan mendapat alu-aluan Allah :
"Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya"
(Surah Al-Fajr : 27 )
Dialah...>>> Kekasihku - Mujahidahku <<<
>>> Mutiaraku <<<

12:41 PG

Salam Maulid Ar-Rasul S.A.W


12:44 PTG

Permataku - Mutiaraku (^,^)



Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...

p/s : ku dedekasikan lagu ini khas buat arwah ibu tercinta n siDia..moga sentiasa dalam rahmat yang Esa..aminn

7:53 PG

aNDai ia tERjaDi..

P

ernah terlintas difikiran ini,artikel CINTA & MATI itu adalah entry terakhir.disebabkan berlaku suatu perkara yang sangat-sangat mendukacitakan.terasa lemah seluruh jiwa ini,terasa bagaikan jantung ini sudah luruh,terasa bagaikan tiada lagi roh yang menghuni diri ini.ANDAI IA TERJADI.......

Tetapi..sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa.IA berkuasa menunjukkan kebenaran dan mencantas kebathilan.bukankah orang-orang yang benar itu bersama Allah?!bukan hendak kata orang yang salah itu bersama Syaitan.Tidak sama sekali!!tetapi mereka terjauh sedikit dari rahmat Allah.Ketahuilah sesungguhnya Allah itu maha penyanyang lagi maha penerima taubat.

Mungkin pembaca tertanya-tanya apakah yang terjadi sebenarnya.Ia ada berkaitan dengan entry sebelum ini.Cinta & Mati.tiba-tiba terasa adakah cinta itu akan mati.Mati selamanya yang terus kering kontang.Rupanya ada hikmah disebalik semua kejadian itu.hikmah yang sungguh ajaib.Betullah kata-kata "ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku".

Sungguh Allah itu indah lagi bijaksana menjadikan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.Hanya dia yang tahu samada hendak dahulukan atau lambatkan sesuatu perkara itu.Dia mengetahui segala.Dia Maha mengetahui setiap perjalanan hidup hamba-hambaNya.

Alhamdulilah segalanya selesai dengan baiknya.cinta itu tidak mati tetapi hanyalah dirasuki suatu perasaan yang sungguh menakutkan.tawar sekejap.Kini cinta itu mekar semula bagaikan si mawar yang mulai mekar di pagi hari.bahkan lebih subur dan mewangi mengeluarkan haruman-haruman syurgawi.CINTAILAH DIA dan CINTALAH KERANANYA.

7:36 PG

cINTa & mATi..hadirnya tanpa diundang..


C

INTA DAN MATI..kehadirannya tidak pernah diundang dalam diri.Ia muncul bagaikan si kilat menyambar dan pergi tanpa menandai walaupun setitik noktah.Tiada kesan,tiada warna,tiada rasa.Cinta itu milik tuhan,Mati itu jgk milik tuhan.Maka layaklah cinta ini kita sandarkan padaNya.Hanya padaNya dan KeranaNya.

Jika kita menyedari hakikat kejadian diri sebagai makhuk Allah (SWT) pastinya kita memahami akan peranan yang terletak di atas pundak sejak azali lagi. Apabila kita mengetahui mengenai unsur kejadian manusia yang terdiri daripada empat - tanah, air, api, dan angin; apa sangatlah yang ada pada kita untuk dibanggakan.

Soal kenapa kita dibangkitkan, ke manakah kita kemudian nanti dan halatuju serta matlamat kehidupan maka jelas manusia tidak boleh hidup sebagai sebuah pulau atau bersendirian kerana hakikat kejadian yang saling lengkap melengkapi dan tiada seorang manusia pun yang dapat melakukan segala-galanya berseorangan.Tidak berhak kita untuk mendabik dada, berlagak sombong, angkuh lagi bongkak apabila kita mengenali hakikat kejadian manusia yang serba lemah.

Siapa kita di bumi yang dicipta Allah (SWT)? Rata-ratanya manusia yang serba lemah ini cukup teruji keimanannya apabila kita diberikan sedikit nikmat harta kekayaan, kuasa, wang, kedudukan, nama, populariti. Walhal tidak ke mana segala yang ada kerana kita pasti akan balik mengadap Allah dengan hanya berbungkuskan kain putih belaka. Betapa lemahnya manusia.

Supaya kita saling nasihat menasihati dan sesama ingat mengingati. Betapa tinggipun kedudukan kita sesama manusia tetapi yang membezakan kita sebenarnya di sisi Allah (SWT) adalah ketaqwaan kita dan kita masih punya ruang luas untuk bekerja sekeras-kerasnya menjadi orang beriman kalau tidak orang bertaqwa.

Fatimah al-Zahra, puteri Rasullullah s.a.w. yang dikasihi meskipun adalah anak kepada seorang Pesuruh Allah yang paling dekat dengan Allah (SWT) dan berhak untuk memohon segala apa sahaja yang dihajatkan tetapi menempuh hidup manusia biasa yang sangat susah sedangkan beliau adalah ahli syurga! Sebagai manusia biasa; kita kerapkali kecundang dengan kelemahan kita.

11:13 PTG

jAlaN - JaLAn cAri pENat..


A

desss..lotihnya badan aden ni..opss..assalamualaikum kengkawan sume..selamat bertemu kembali.dah lama rasanye menyawangkan blog ini tanpa apa-apa bicara.sebenarnya ryenz telah mengikuti satu jaulah ke semenanjung SINAI baru-baru ini.So,xberkesempatan nak mengupdate..huhu..

Masih terasa letih + penat seluruh badan bagaikan melukut ditepi gantang..ehh..silap da.macam kerja kontrak buat bangunan je.3 hari 4 malam lawatan ke SINAI memang menyeronokan,bermula 2 pagi hari sabtu kami bertolak dan kira-kira tiba disana jam 8 pagi.Dari tadi cerita sinai,sinai tu apa ye..kawan-kawan nak tau tak?kalau nak tau..duduk3x..duduk!! hehe..

Camni cerita dia..SINAI merupakan sebuah dataran yang mirip sebuah pulau yang diapit oleh 2 buah teluk Suez dan Aqobah.Kawasan yang seluas 61 km ini dibahagikan kepada 2 wilayah iaitu Sinai utara dan Sinai selatan.Daerah ini telah menjadi tumpuan pengunjung yang meminati hidupan laut.Hampir seluruh dataran Sinai ini merupakan padang pasir dan gunung-gunung batu.Di dataran ini,tersingkap pelbagai peristiwa kenabian.Dataran ini merupakan laluan Nabi Ibrahim dalam perjalanannya ke Syam,Nabi Musa berbicara dengan Allah di Lembah Suci Sinai(Wadi Muqadas Thawa),makam Nabi Salleh dan Nabi Harun.Di samping itu, penaklukan Mesir dibawah pimpinan Amru bin As juga melalui dataran Sinai ini.

Banyak tempat-tempat yang menarik menjadi tumpuan pengunjung boleh dilawati.Haa..itula sahaja cerita ringkas sejarah SINAI..kalau nak tau lagi..datanglah sendiri..hehe.Blink..blink..mataku telah berkelip-kelip menandakan masuknya waktu tido bagi kawasan egypt dan yang sewaktu dengannya.Kita sambung esok ya kawan-kawan..zZzZZZzzzzzzzzzzzzZZZZzzzzz...

8:30 PG

Tipu daya iblis ketika sakaratul maut..

S

yaitan dan iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia sejak terjadinya dengan setitik mani sehingga ke akhir hayat seseorang hamba Allah itu.Malah, paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi tujuh golongan dan rombongan.

Hadis Rasulullah s.a.w menerangkan yang bermaksud: "Ya Allah, aku
berlindung dengan Engkau daripada perdaya syaitan di waktu maut."

Rombongan Satu
Datang iblis dengan banyaknya serta pelbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat. Disebabkan orang dalam sakaratul maut itu pada masa hidupnya tamak dan haloba kepada barang-barang itu, maka diraba dan disentuhnya barangan iblis itu, dan pada waktu itu nyawanya terputus dari tubuh.Inilah dikatakan mati lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. Inilah jenis mati fasik dan munafik, dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan Dua
Datang iblis kepada orang dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang ditakuti seperti harimau, singa, ular dan kala jengking berbisa. Apabila orang dalam sakaratul maut itu memandang binatang itu,dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Seketika itu juga akan putus nyawa dari badannya. Maka matinya disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t. Matinya sebagai fasik dan
munafik, dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan Tiga
Datang iblis mengacau dan memperdayakan orang dalam sakaratul maut dengan menyerupai binatang yang menjadi minat orang hendak mati itu.Kalau orang itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang itu meraba-raba
binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia mati, maka matinya dalam keadaan lalai dan lupa kepada Allah S.W.T. Matinya adalah mati fasik dan munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan Empat
Datang iblis menyerupai orang paling dibenci oleh orang yang akan mati,seperti musuhnya ketika hidupnya. Orang dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya. Waktu itulah maut datang dan matilah ia sebagai mati fasik dan munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan Lima
Datang iblis menyerupai sanak-saudara orang hendak mati itu, seperti ayah ibunya, dengan membawa makanan dan minuman. Orang dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan, lalu dia menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa iblis yang menyerupai si ayah dan ibu. Berkata ia dengan merayu: "Wahai anakku, ini saja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu
dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga." Dia pun sudi mengikut pelawaan itu tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya sampai, lalu matilah dia dalam keadaan kafir, kekal ia dalam neraka dan terhapus semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan Enam
Datang iblis menyerupai ulama yang membawa banyak kitab, lalu berkata ia:"Wahai muridku,lama sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini. Oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat itu, maka hilang rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datang pula iblis menyerupai ulama
dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat supaya kamu mati
dalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?" Berkata orang dalam sakaratul maut itu: "Aku tidak tahu."

Ulama iblis kemudian berkata: "Ketahuilah, aku ulama yang tinggi dan hebat, baru kembali dari alam ghaib dan mendapat syurga yang tinggi.Cuba kamu lihat syurga yang disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui zat Allah S.W.T hendaklah kamu patuh kepada kami." Ketika itu orang dalam sakaratul maut itu memandang ke kanan dan ke kiri dan dilihatnya semua sanak-saudaranya dalam kesenangan syurga (syurga palsu yang dibentangkan iblis bagi mengacau orang dalam sakaratul maut).Kemudian orang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama palsu:"Bagaimanakah zat Allah?"

Iblis berasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulama palsu:
"Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu,orang dalam sakaratul maut itu dapat melihat satu benda sangat besar,seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.Berkata iblis: "Itulah dia zat Allah yang patut kita sembah."

Berkata orang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia daripada sebarang sifatkekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar ini." Dalam
keraguan itu, Malaikat Maut datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal dalam neraka dan terhapus segala amalan baik selama hidupnya di dunia.

Rombongan Tujuh
Rombongan iblis yang ketujuh ini membabitkan 72 barisan, kerana dia menepati iktikad
Nabi Muhammad s.a.w bahawa umat Nabi akan terbahagi kepada 73 puak (barisan).Satu puak saja yang benar (ahli sunnah waljamaah) manakala 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa iblis akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam,yang setiap satu berlainan dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajar orang yang hampir meninggal dunia akan talkin:"Laa Ilaaha Illallah" untuk menyelamatkan dirinya daripada gangguan iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadis yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah." "

2:46 PG

I LooK I See..




I Look I See
I look, I look, I look, I see
I see a world of beauty
I touch, I touch, I touch, I feel
I feel a world around so real
And everything I do
I dedicate to You
Cause You made me
I am for You

I listen, listen, listen, I hear
I hear the words of God so clear
I read, I read, I read, I know
It helps my knowledge grow
And everything we do
We dedicate to You
Cause You made us
We are for You
I listen, listen, listen, I hear

He sent the Prophet to show us the way
He made Religion perfect that Day
Peace be upon him, upon him we pray
Salatullah, wa salamu ‘alyhi

I sleep I sleep, I sleep, I dream
I dream I’m in a garden green
I wish, I wish, I wish I pray
I pray to be here everyday
And everything I do
I dedicate to You
Cause You made me
I am for You

I work, I work, I work, I strive
To make something of my life
I seek, I seek, I seek, I find
I find another hill to climb
And everything we do
We dedicate to You
Cause You made us
We are for You
I look, I look, I look, I see

He sent the Prophet to show us the way
He made Religion perfect that Day
Peace be upon him, upon him we pray
Salatullah, wa salamu ‘alyhi (x2)

8:40 PG

Watiqah tag majlis raja-raja...

Assalamualaikum..
P

engumuman berita gembira untuk adik biskutz,perutusan khas majlis raja-raja planet Zuhal dengan ini berkenan mengumumkan permintaan beliau yang telah lama diutarakan setelah dipertimbangkan yang mengandungi berat sebanyak 100kg.Saya mewakili majlis raja-raja planet Zuhal dengan ini mengumumkan bahawa tag anda akan dijawab pada hari ini.

Tujuh perkara janggal tentang diri Tuanku Makhkota Y.A.A Tan sri Tun Ryenz..

1)Suka mendengar tp xsuka bercakap
-mendengar ape-ape saje exc bebel & kutukan,xboley tahan maa...kira bole jadi pendengar setiala..hehe.
-memerlukan masa untuk bercakap,kalau spontan gerenti ketaq bulu idung..huhu.

2)Aktiviti memerap yang memang kerap
-banyak perkara bole dibuat ketika memerap dirumah antaranya berangan,makan,masak,tido.

3)Mencuba perkara yang pelik
-cuba masak mengunakan resepi ciptaan sendiri.sedap tp pelik..hehe
-suka makan makanan2 pelik yang mempunyai khasiat walaupun pahit..uwekkk..
-buat exsperimen yang sendiri xtau ape yang hendak dibuat..

4)Mudah marah tp mudah sejuk
-sukar untuk melepaskan kemarahan tanpa tujuan.
-kalau melampau sangat..tak boleh tahan maa..

5)Badan yang sentiasa slim dan mantain
-walaupun melantak sekontena nasi,selaut ayam,badanku tetap ramping kan..hikhikk..

6)Masih dalam pertimbangan
-harap maaf,majlis raja-raja belum berkenan mengumumkannya.

7)****Sensor****
-tidak diluluskan oleh majlis raja-raja planet Zuhal kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Segala cerita diatas adalah rekaan semata-mata.tiada berkaitan dengan yang masih mati ataupun yang telah hidup.Sekian

Kepada si budak nakal biskutz,tag anda telah dijawab dengan jayanya walaupun melewati waktu kerana perbezaan waktu antara planet zuhal dengan bumi yang amat ketara.

1:29 PG

Menyirami hati yang layu..


Bismillah...
S

eringkali kita diuji dengan pelbagai ujian tika meniti kehidupan didunia ini.Tidak lain hanya untuk menguji kesabaran dan keimanan kita padaNya.Jika salah langkah kuffurlah,jika melangkah yang benar maka ditingkatkan maqam kita disisinya bahkan ditambah nikmat milikNya.Sungguh besar onak duri cabaran hidup sebagai hambaNya yang hina ini.Tatkala hati dirundung rindu, mula menyiram kembali kelayuan dulu yang seringkali jauh dari mengingatiNya.Sirami dengan air-air zikir agar bercambah daunan segar dan berbuah manis.

Dalam meniti kehidupan di bulan muharram ini,kita sering diperdengarkan dengan kisah penghijrahan Rasulullah SAW agar menjadi teladan untuk kita memperbaiki diri,tetapi kita jarang diperdengarkan tentang detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning,burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku.Barang siapamencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu
persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca,Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang ! dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam,"kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu. Kemudian ia kemb! ali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,"kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam,Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada
Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Ji! bril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik,kerana sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-oran lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii,ummatii, ummatiii?" -"Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi
sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

10:19 PG

Tazkirah Muharram 2

Keutamaan puasa ‘Asyura di dalam Islam.

D

i masa hidupnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam berpuasa di hari ‘Asyura. Kebiasaan ini bahkan sudah dilakukan beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam sejak sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan dan terus berlangsung sampai akhir hayatnya. Al Imam Al Bukhari (No 1902) dan Al Imam Muslim (No 1132) meriwayatkan di dalam shahih mereka dari Abdullah bin Abbas radiyallahu ‘anhuma, ia berkata,

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَومَ فَضْلِهِ عَلَى غَيْرِهِ إِلاَّ هَذَا اليَوْمِ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَهذَا الشَّهْرُ يَعْنِي شَهْرُ رَمَضَانَ

“Aku tidak pernah mendapati Rasulullah menjaga puasa suatu hari karena keutamaannya dibandingkan hari-hari yang lain kecuali hari ini yaitu hari ‘Asyura dan bulan ini yaitu bulan Ramadhan”.

Hal ini menandakan akan keutamaan besar yang terkandung pada puasa di hari ini. Oleh karena itu ketika beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam ditanya pada satu kesempatan tentang puasa yang paling afdhal setelah Ramadhan, beliau menjawab bulan Allah Muharram. Dan Al Imam Muslim serta yang lainnya meriwayatkan dari Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda,

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللهِ المُحَرَّمُ. وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الفَرِيْضَةَ، صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah Muharram. Dan shalat yang paling utama setelah shalat wajib adalah shalat malam”.

Dan puasa ‘Asyura menggugurkan dosa-dosa setahun yang lalu. Al Imam Abu Daud meriwayatkan di dalam Sunan-nya dari Abu Qatadah Radhiallahu’anhu

وَصَوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ إنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَنَة َالتِيْ قَبْلَهُ

“Dan puasa di hari ‘Asyura, sungguh saya mengharap kepada Allah bisa menggugurkan dosa setahun yang la

Hukum Puasa ‘Asyura

Sebagian ulama salaf menganggap puasa ‘Asyura hukumnya wajib akan tetapi hadits ‘Aisyah di atas menegaskan bahwa kewajibannya telah dihapus dan menjadi ibadah yang mustahab (sunnah). Dan Al Imam Ibnu Abdilbarr menukil ijma’ ulama bahwa hukumnya adalah mustahab.

Waktu Pelaksanaan Puasa ‘Asyura

Jumhur ulama dari kalangan salaf dan khalaf berpendapat bahwa hari ‘Asyura adalah hari ke-10 di bulan Muharram. Di antara mereka adalah Said bin Musayyib, Al Hasan Al Bashri, Malik, Ahmad, Ishaq dan yang lainnya. Dan dikalangan ulama kontemporer seperti Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin Rahimahullah. Pada hari inilah Rasullah Shallallahu’alaihi wasallam semasa hidupnya melaksanakan puasa ‘Asyura. Dan kurang lebih setahun sebelum wafatnya, beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda,

لَئِنْ بَقِيْتُ إِلَى قَابِلٍ َلأَصُوْمَنَّ التَاسِعَ

“Jikalau masih ada umurku tahun depan, aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram)”

Para ulama berpendapat perkataan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam , “…aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram)”, mengandung kemungkinan beliau ingin memindahkan puasa tanggal 10 ke tanggal 9 Muharram dan beliau ingin menggabungkan keduanya dalam pelaksanaan puasa ‘Asyura. Tapi ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam ternyata wafat sebelum itu maka yang paling selamat adalah puasa pada kedua hari tersebut sekaligus, tanggal 9 dan 10 Muharram.

Dan Al Imam Asy-Syaukani dan Al Hafidz Ibnu Hajar mengatakan puasa ‘Asyura ada tiga tingkatan. Yang pertama puasa di hari ke 10 saja, tingkatan kedua puasa di hari ke 9 dan ke 10 dan tingkatan ketiga puasa di hari 9,10 dan 11.

Wallahua’lam.