11:56 PG

Berdoalah wahai orang2 beriman...

PERISTIWA Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari istana syurga mengajar kita untuk memandang sejarah itu dengan perspektif reda kepada Allah.

Hikmah yang lain daripada peristiwa ini adalah kebijaksanaan manusia yang mampu mengatasi malaikat dan syaitan, akhirnya tersungkur juga akibat nafsu yang kadang-kadang boleh mengatasi kehebatan akal. Akhirnya, dengan kehendak Allah, kehidupan di dunia diwujudkan, taubat Adam diterima dan masanya untuk zuriat manusia diuji adakah benar imannya kepada Allah pun bermula. Sesungguhnya yang menjadi penyelamat Adam adalah permohonan taubatnya kepada Allah. Allah menceritakannya: “Kemudian Adam menerima beberapa kalimah (ajaran kata-kata untuk bertaubat). Maka, Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah, ayat 37). Adam mengajar kita bagaimana hendak menjadi manusia mulia.

Bukankah ketika Allah menciptakannya, seluruh makhluk diperintah untuk sujud kepadanya. Tetapi, pengaruh syaitan dan nafsu syahwat boleh menukar jenis makhluk yang bernama manusia menjadi makhluk lain.

Memetik Kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam al-Ghazali mengkaji empat sifat yang merosakkan sifat kemanusiaan seorang manusia iaitu:

Pertama, sifat subu’iyah atau kebuasan. Ciri adalah seperti suka marah, busuk hati, suka menyerang, memukul, memaki dan membinasakan harta benda. Naik ke peringkat kedua iaitu sifat bahimiyah atau kebinatangan. Gelojoh dan tamak seperti anjing, suka benda kotor seperti harta yang haram, zina dan liwat. Bertambah teruk keadaan mereka jika masuk ke peringkat ketiga iaitu sifat syaitaniyah iaitu layaknya umpama syaitan dengan cirinya seperti dengki, penipu, memutar belit, menyuruh yang munkar dan melarang kebaikan.

Kemuncaknya, sifat terakhir iaitu apabila ketiga-tiga sifat itu berkumpul, maka naiklah kejahatan manusia itu sampai ke peringkat sifat rububiyah, ketuhanan iaitu sifat Tuhan ingin dirampas menjadi miliknya. Sifat bangga diri, sombong, mahukan puji dan pujaan orang, sukakan kemuliaan dan kedudukan tinggi. Akhirnya ia mengatakan akulah Tuhan, bukan manusia, aku tidak sudi mentaati dan mematuhi kerana aku berkuasa. Tak ada sesuatu yang setanding diriku.Begitulah kejahatan terbesar anak-anak Adam apabila mereka telah melupakan Allah dan hidup di kubang lumpur dosa yang kotor dan menjijikkan.

Belajar daripada kekhilafan ayahanda manusia iaitu Nabi Adam kepada Allah, setelah khilaf beliau bertaubat seraya berdoa tanpa mengenal erti putus asa daripada rahmat-Nya. Inilah ibadat paling agung yang pertama kali diajarkan oleh Allah kepadanya iaitu berdoa. Apakah sebenarnya fungsi doa itu bagi kita?

* Pertama, doa adalah tali Allah. Doa juga adalah sebagai pengikat kita dengan Allah. Sebagai hamba yang kekal bersifat lemah, manusia perlu sentiasa berhubungan dengan Allah yang Maha Perkasa. Lafaz doa mengandungi makna pengharapan dan kebergantungan kepada Allahus-Somad (Allah Sebagai Tempat Bergantung). Mengakui kelemahan diri dan keperluan kepada pertolongan dan perlindungan Allah. Apabila seseorang manusia berasa tidak perlu kepada doa, dia sebenarnya terlalu angkuh dan sombong dengan jaminan dirinya sendiri. Dia telah memutuskan tali Allah yang mengikatnya sehingga terdedah kepada kebinasaan akibat dosanya melupakan Allah. Seorang Muslim hendaklah sentiasa membiasakan dirinya menyebut nama Allah pada setiap perbuatannya. Seawal bangun dari tidurnya, mandi, memakai pakaian, berwuduk, sembahyang, makan, minum, keluar masuk rumah, bekerja, belajar dan bermuamalat sesama manusia. Hatta, suami yang menggauli isteri, semua itu hendaklah diiringi dengan doa supaya perbuatan itu selari dengan perintah dan suruhan Allah.

Sungguh indah perhubungan antara hamba dengan Tuhannya itu. Dia begitu hampir dan tidak pernah bercerai kerana penghubungnya adalah doa yang penuh keyakinan bahawa Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

* Fungsi doa yang kedua adalah cita-cita dan impian yang ingin dimiliki diusahakan dengan berikhtiar sesuai dengan permintaannya kepada Allah. Orang yang meminta syurga mestilah diiringi dengan kesungguhannya beramal salih. Orang yang meminta keberkatan rezeki hendaklah bersungguh-sungguh bekerja untuk mendapatkannya. Sementara apabila dia meminta dihindari daripada kejahatan diri sendiri, maka dia hendaklah berusaha untuk tidak berbuat dosa dan maksiat. Doa dan ikhtiar saling lengkap melengkapi. Firman Allah bermaksud: “…Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu kaum kecuali mereka mengubah diri mereka sendiri…” (Surah al-Ra’d, ayat 11). Hakikatnya iman itu bukanlah angan-angan. Ia perlu dibuktikan dengan kesungguhan atau jihad dalam beramal salih.

* Fungsi doa yang ketiga adalah sebagai pengubat hati. Saat diri dihina, tidak dipedulikan, diceraikan kekasih dan dibuang oleh pujaan hati, perasaan yang hadir adalah rasa putus asa. Jika berlaku ujian dan cubaan melanda iman seperti kekurangan harta, kehilangan jiwa, kecacatan, kesakitan, bencana alam dan kegagalan setiap perjuangan, kepada siapakah manusia harus mengadu, merintih dan bersandar? Setiap pengharapan akan datangnya cahaya, kepada siapa hendak dipohonkan? Keyakinan dan kekuatan untuk meneruskan hidup, dari manakah penjana kuasanya? Hanya kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Doa adalah kekuatan bagi setiap Muslim, tetapi jika ia tidak difungsikan dengan cara yang betul, maka kekuatan itu akan hilang, yang tinggal hanya lafaz kosong tanpa makna dan tujuan. Kembalikanlah fungsi doa agar kita sentiasa mendapat jawapan yang pasti daripada Ilahi.

10:16 PG

6 Perkara sempurna puasa


IBADAT puasa wajib dilaksanakan umat Islam dan hukumnya fardu ain. Kefarduan ini ditetapkan dalam al-Quran, sunnah dan kesepakatan (ijmak) ulama atau ilmuan Islam.

“Telah difardukan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah difardukan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu.” (al-Baqarah:83)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Didirikan Islam atas lima perkara - antaranya puasa Ramadan.” (Riwayat Bukhari)

Suka atau tidak, umat Islam yang cukup syaratnya dikehendaki berpuasa selama sebulan Ramadan. Apabila berpuasa hendaklah menjaga adab dan batasnya, supaya puasa yang dikerjakan diterima Allah.

Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin menyebut, puasa ada tiga kedudukan, iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat, puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.

Sementara puasa khusus al-khusus ialah menahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah secara total.

Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara selain daripada Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk bekalan akhirat dan bukan urusan dunia.

Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata, sesiapa yang pada siang Ramadan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, ditulis satu kesalahan kerana ia lahir daripada sikap kurang percaya pada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezeki yang dijanjikan.

Tahap puasa seperti ini ialah tahap nabi, as-siddiqin dan al-muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.

Menurut Imam al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh, perlu menyempurnakan enam perkara iaitu:

1. Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta daripada segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah.

2. Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca al-Quran.

3. Menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan, haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya bermaksud:

“Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram.” (al-Maidah:42)

4. Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang dan menahan perut daripada perkara syubhah ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahan daripada makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.

5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan terbabit. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh dengan makanan halal.

Bagaimana boleh seseorang itu mematahkan keinginan syahwatnya dan menewaskan musuhnya sedangkan apabila berbuka dia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika berpuasa.

6. Hendaklah timbul di dalam hatinya perasaan takut dan pengharapan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang celaka.

sumber

2:08 PG

Rintihan roh..

Diriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.

Setelah lewat lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.

Firman Allah SWT bermaksud:
“Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.”
( An-Naba’: 38)

Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.

Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.
Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT menunjukkan:
Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama.”
(Yaa Siin: 79)
Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak.

Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas’ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas’ah itu tidak bergerak dari tempatnya.

Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut.

Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.

Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: “Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi.”

Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat.

Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang dari berkata.

Sebahagian Hukama’ ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:

1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.
2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang keqanadil yang digantungkan di Arasy.
3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih burung pipitnya Syurga.
4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.
5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.
6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.
7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan diwaktu pagi dan petang.


Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.

Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada baginda tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhanku.”
(Yaa Siin: 79)

sumber

11:31 PG

Keutaman infaq di bulan ramdhan

‏ ‏

عن ‏ ‏ابن عباس ‏ ‏قال: ‏كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أجود الناس بالخير وكان أجود ما يكون في شهر رمضان إن ‏ ‏جبريل ‏ ‏عليه السلام ‏ ‏كان يلقاه في كل سنة في رمضان حتى ‏ ‏ينسلخ ‏ ‏فيعرض عليه رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏القرآن فإذا لقيه ‏ ‏جبريل
‏ ‏كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أجود بالخير من ‏ ‏الريح المرسلة


Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:
Rasulullah saw. adalah orang yang paling dermawan dalam hal kebaikan. Beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan. Sesungguhnya malaikat Jibril as. bertemu dengan beliau setiap tahun pada bulan Ramadan sampai selesai. Rasulullah saw. membaca Alquran di hadapannya. Saat Rasulullah saw. bertemu dengan malaikat Jibril, maka beliau adalah orang yang paling dermawan dalam hal kebaikan melebihi angin yang berhembus

Hadis riwayat Ali ra., ia berkata:
Kami sedang mengiringi sebuah jenazah di Baqi Gharqad (sebuah tempat pemakaman di Madinah), lalu datanglah Rasulullah saw. menghampiri kami. Beliau segera duduk dan kami pun ikut duduk di sekeliling beliau yang ketika itu memegang sebatang tongkat kecil. Beliau menundukkan kepalanya dan mulailah membuat goresan-goresan kecil di tanah dengan tongkatnya itu kemudian beliau bersabda: Tidak ada seorang pun dari kamu sekalian atau tidak ada satu jiwa pun yang hidup kecuali telah Allah tentukan kedudukannya di dalam surga ataukah di dalam neraka serta apakah ia sebagai seorang yang sengsara ataukah sebagai seorang yang bahagia. Lalu seorang lelaki tiba-tiba bertanya: Wahai Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak sebaiknya kita berserah diri kepada takdir kita dan meninggalkan amal-usaha? Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang berbahagia, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang berbahagia. Dan barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang sengsara, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang sengsara. Kemudian beliau melanjutkan sabdanya: Beramallah! Karena setiap orang akan dipermudah! Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang berbahagia, maka mereka akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang bahagia. Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang sengsara, maka mereka juga akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang sengsara. Kemudian beliau membacakan ayat berikut ini:

Adapun orang yang memberikan hartanya di jalan Allah dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya jalan yang sukar

11:27 PG

Harga sebuah Ramadhan


Ku meniti hari demi hari
setiap detik setiap saat
menghitung sebuah perhitungan
menanti sebuah penantian

kehadiran yang pasti datang
membawa sejuta keriangan
mengendong sejuta keinsafan
Hadirmu tidak pernahku kesali
pergimu seringkali kutangisi

Tika kau hadir
menjengahku di pintu kealpaan
sedang aku tersungkur sendu
kau memimpinku melangkah keluar
kembali mencari redha ilahi

Tika kau datang
mengingatkan ku pada pencipta
lantas ku dilamun asyik
menari dipentas keinsafan
meniti dijambatan taubat
berpanjangan

Kini hati ini
kembali bersinar dengan iman
kembali berseri dengan amal
riang menuju taqwa ilahi

Kini kaki ini
melangkah menuju kebaikan
mengundur dari kemaksiatan
bermuhasabah pada setiap amalan

Wahai Ramadhan yang kurindui
tempatku sucikan hati
seringku bermuhajadah diri
merangkak kearah ganjaran syurgawi

Hari-harimu dilimpahi pahala berganda
siangmu kurebuti puasa dan
zikir bersihkan diri
Malammu kupenuhi sujud dan
tafakur sucikan hati
inilah..harga sebuah ramadhan

tintalughahwi
ramadhan 1/1428