7:36 PG

cINTa & mATi..hadirnya tanpa diundang..


C

INTA DAN MATI..kehadirannya tidak pernah diundang dalam diri.Ia muncul bagaikan si kilat menyambar dan pergi tanpa menandai walaupun setitik noktah.Tiada kesan,tiada warna,tiada rasa.Cinta itu milik tuhan,Mati itu jgk milik tuhan.Maka layaklah cinta ini kita sandarkan padaNya.Hanya padaNya dan KeranaNya.

Jika kita menyedari hakikat kejadian diri sebagai makhuk Allah (SWT) pastinya kita memahami akan peranan yang terletak di atas pundak sejak azali lagi. Apabila kita mengetahui mengenai unsur kejadian manusia yang terdiri daripada empat - tanah, air, api, dan angin; apa sangatlah yang ada pada kita untuk dibanggakan.

Soal kenapa kita dibangkitkan, ke manakah kita kemudian nanti dan halatuju serta matlamat kehidupan maka jelas manusia tidak boleh hidup sebagai sebuah pulau atau bersendirian kerana hakikat kejadian yang saling lengkap melengkapi dan tiada seorang manusia pun yang dapat melakukan segala-galanya berseorangan.Tidak berhak kita untuk mendabik dada, berlagak sombong, angkuh lagi bongkak apabila kita mengenali hakikat kejadian manusia yang serba lemah.

Siapa kita di bumi yang dicipta Allah (SWT)? Rata-ratanya manusia yang serba lemah ini cukup teruji keimanannya apabila kita diberikan sedikit nikmat harta kekayaan, kuasa, wang, kedudukan, nama, populariti. Walhal tidak ke mana segala yang ada kerana kita pasti akan balik mengadap Allah dengan hanya berbungkuskan kain putih belaka. Betapa lemahnya manusia.

Supaya kita saling nasihat menasihati dan sesama ingat mengingati. Betapa tinggipun kedudukan kita sesama manusia tetapi yang membezakan kita sebenarnya di sisi Allah (SWT) adalah ketaqwaan kita dan kita masih punya ruang luas untuk bekerja sekeras-kerasnya menjadi orang beriman kalau tidak orang bertaqwa.

Fatimah al-Zahra, puteri Rasullullah s.a.w. yang dikasihi meskipun adalah anak kepada seorang Pesuruh Allah yang paling dekat dengan Allah (SWT) dan berhak untuk memohon segala apa sahaja yang dihajatkan tetapi menempuh hidup manusia biasa yang sangat susah sedangkan beliau adalah ahli syurga! Sebagai manusia biasa; kita kerapkali kecundang dengan kelemahan kita.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Webcam, I hope you enjoy. The address is http://webcam-brasil.blogspot.com. A hug.