7:36 PG

cINTa & mATi..hadirnya tanpa diundang..


C

INTA DAN MATI..kehadirannya tidak pernah diundang dalam diri.Ia muncul bagaikan si kilat menyambar dan pergi tanpa menandai walaupun setitik noktah.Tiada kesan,tiada warna,tiada rasa.Cinta itu milik tuhan,Mati itu jgk milik tuhan.Maka layaklah cinta ini kita sandarkan padaNya.Hanya padaNya dan KeranaNya.

Jika kita menyedari hakikat kejadian diri sebagai makhuk Allah (SWT) pastinya kita memahami akan peranan yang terletak di atas pundak sejak azali lagi. Apabila kita mengetahui mengenai unsur kejadian manusia yang terdiri daripada empat - tanah, air, api, dan angin; apa sangatlah yang ada pada kita untuk dibanggakan.

Soal kenapa kita dibangkitkan, ke manakah kita kemudian nanti dan halatuju serta matlamat kehidupan maka jelas manusia tidak boleh hidup sebagai sebuah pulau atau bersendirian kerana hakikat kejadian yang saling lengkap melengkapi dan tiada seorang manusia pun yang dapat melakukan segala-galanya berseorangan.Tidak berhak kita untuk mendabik dada, berlagak sombong, angkuh lagi bongkak apabila kita mengenali hakikat kejadian manusia yang serba lemah.

Siapa kita di bumi yang dicipta Allah (SWT)? Rata-ratanya manusia yang serba lemah ini cukup teruji keimanannya apabila kita diberikan sedikit nikmat harta kekayaan, kuasa, wang, kedudukan, nama, populariti. Walhal tidak ke mana segala yang ada kerana kita pasti akan balik mengadap Allah dengan hanya berbungkuskan kain putih belaka. Betapa lemahnya manusia.

Supaya kita saling nasihat menasihati dan sesama ingat mengingati. Betapa tinggipun kedudukan kita sesama manusia tetapi yang membezakan kita sebenarnya di sisi Allah (SWT) adalah ketaqwaan kita dan kita masih punya ruang luas untuk bekerja sekeras-kerasnya menjadi orang beriman kalau tidak orang bertaqwa.

Fatimah al-Zahra, puteri Rasullullah s.a.w. yang dikasihi meskipun adalah anak kepada seorang Pesuruh Allah yang paling dekat dengan Allah (SWT) dan berhak untuk memohon segala apa sahaja yang dihajatkan tetapi menempuh hidup manusia biasa yang sangat susah sedangkan beliau adalah ahli syurga! Sebagai manusia biasa; kita kerapkali kecundang dengan kelemahan kita.

11:13 PTG

jAlaN - JaLAn cAri pENat..


A

desss..lotihnya badan aden ni..opss..assalamualaikum kengkawan sume..selamat bertemu kembali.dah lama rasanye menyawangkan blog ini tanpa apa-apa bicara.sebenarnya ryenz telah mengikuti satu jaulah ke semenanjung SINAI baru-baru ini.So,xberkesempatan nak mengupdate..huhu..

Masih terasa letih + penat seluruh badan bagaikan melukut ditepi gantang..ehh..silap da.macam kerja kontrak buat bangunan je.3 hari 4 malam lawatan ke SINAI memang menyeronokan,bermula 2 pagi hari sabtu kami bertolak dan kira-kira tiba disana jam 8 pagi.Dari tadi cerita sinai,sinai tu apa ye..kawan-kawan nak tau tak?kalau nak tau..duduk3x..duduk!! hehe..

Camni cerita dia..SINAI merupakan sebuah dataran yang mirip sebuah pulau yang diapit oleh 2 buah teluk Suez dan Aqobah.Kawasan yang seluas 61 km ini dibahagikan kepada 2 wilayah iaitu Sinai utara dan Sinai selatan.Daerah ini telah menjadi tumpuan pengunjung yang meminati hidupan laut.Hampir seluruh dataran Sinai ini merupakan padang pasir dan gunung-gunung batu.Di dataran ini,tersingkap pelbagai peristiwa kenabian.Dataran ini merupakan laluan Nabi Ibrahim dalam perjalanannya ke Syam,Nabi Musa berbicara dengan Allah di Lembah Suci Sinai(Wadi Muqadas Thawa),makam Nabi Salleh dan Nabi Harun.Di samping itu, penaklukan Mesir dibawah pimpinan Amru bin As juga melalui dataran Sinai ini.

Banyak tempat-tempat yang menarik menjadi tumpuan pengunjung boleh dilawati.Haa..itula sahaja cerita ringkas sejarah SINAI..kalau nak tau lagi..datanglah sendiri..hehe.Blink..blink..mataku telah berkelip-kelip menandakan masuknya waktu tido bagi kawasan egypt dan yang sewaktu dengannya.Kita sambung esok ya kawan-kawan..zZzZZZzzzzzzzzzzzzZZZZzzzzz...

8:30 PG

Tipu daya iblis ketika sakaratul maut..

S

yaitan dan iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia sejak terjadinya dengan setitik mani sehingga ke akhir hayat seseorang hamba Allah itu.Malah, paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi tujuh golongan dan rombongan.

Hadis Rasulullah s.a.w menerangkan yang bermaksud: "Ya Allah, aku
berlindung dengan Engkau daripada perdaya syaitan di waktu maut."

Rombongan Satu
Datang iblis dengan banyaknya serta pelbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat. Disebabkan orang dalam sakaratul maut itu pada masa hidupnya tamak dan haloba kepada barang-barang itu, maka diraba dan disentuhnya barangan iblis itu, dan pada waktu itu nyawanya terputus dari tubuh.Inilah dikatakan mati lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. Inilah jenis mati fasik dan munafik, dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan Dua
Datang iblis kepada orang dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang ditakuti seperti harimau, singa, ular dan kala jengking berbisa. Apabila orang dalam sakaratul maut itu memandang binatang itu,dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Seketika itu juga akan putus nyawa dari badannya. Maka matinya disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t. Matinya sebagai fasik dan
munafik, dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan Tiga
Datang iblis mengacau dan memperdayakan orang dalam sakaratul maut dengan menyerupai binatang yang menjadi minat orang hendak mati itu.Kalau orang itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang itu meraba-raba
binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia mati, maka matinya dalam keadaan lalai dan lupa kepada Allah S.W.T. Matinya adalah mati fasik dan munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan Empat
Datang iblis menyerupai orang paling dibenci oleh orang yang akan mati,seperti musuhnya ketika hidupnya. Orang dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya. Waktu itulah maut datang dan matilah ia sebagai mati fasik dan munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan Lima
Datang iblis menyerupai sanak-saudara orang hendak mati itu, seperti ayah ibunya, dengan membawa makanan dan minuman. Orang dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan, lalu dia menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa iblis yang menyerupai si ayah dan ibu. Berkata ia dengan merayu: "Wahai anakku, ini saja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu
dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga." Dia pun sudi mengikut pelawaan itu tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya sampai, lalu matilah dia dalam keadaan kafir, kekal ia dalam neraka dan terhapus semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan Enam
Datang iblis menyerupai ulama yang membawa banyak kitab, lalu berkata ia:"Wahai muridku,lama sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini. Oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat itu, maka hilang rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datang pula iblis menyerupai ulama
dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat supaya kamu mati
dalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?" Berkata orang dalam sakaratul maut itu: "Aku tidak tahu."

Ulama iblis kemudian berkata: "Ketahuilah, aku ulama yang tinggi dan hebat, baru kembali dari alam ghaib dan mendapat syurga yang tinggi.Cuba kamu lihat syurga yang disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui zat Allah S.W.T hendaklah kamu patuh kepada kami." Ketika itu orang dalam sakaratul maut itu memandang ke kanan dan ke kiri dan dilihatnya semua sanak-saudaranya dalam kesenangan syurga (syurga palsu yang dibentangkan iblis bagi mengacau orang dalam sakaratul maut).Kemudian orang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama palsu:"Bagaimanakah zat Allah?"

Iblis berasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulama palsu:
"Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu,orang dalam sakaratul maut itu dapat melihat satu benda sangat besar,seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.Berkata iblis: "Itulah dia zat Allah yang patut kita sembah."

Berkata orang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia daripada sebarang sifatkekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar ini." Dalam
keraguan itu, Malaikat Maut datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal dalam neraka dan terhapus segala amalan baik selama hidupnya di dunia.

Rombongan Tujuh
Rombongan iblis yang ketujuh ini membabitkan 72 barisan, kerana dia menepati iktikad
Nabi Muhammad s.a.w bahawa umat Nabi akan terbahagi kepada 73 puak (barisan).Satu puak saja yang benar (ahli sunnah waljamaah) manakala 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa iblis akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam,yang setiap satu berlainan dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajar orang yang hampir meninggal dunia akan talkin:"Laa Ilaaha Illallah" untuk menyelamatkan dirinya daripada gangguan iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadis yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah." "

2:46 PG

I LooK I See..




I Look I See
I look, I look, I look, I see
I see a world of beauty
I touch, I touch, I touch, I feel
I feel a world around so real
And everything I do
I dedicate to You
Cause You made me
I am for You

I listen, listen, listen, I hear
I hear the words of God so clear
I read, I read, I read, I know
It helps my knowledge grow
And everything we do
We dedicate to You
Cause You made us
We are for You
I listen, listen, listen, I hear

He sent the Prophet to show us the way
He made Religion perfect that Day
Peace be upon him, upon him we pray
Salatullah, wa salamu ‘alyhi

I sleep I sleep, I sleep, I dream
I dream I’m in a garden green
I wish, I wish, I wish I pray
I pray to be here everyday
And everything I do
I dedicate to You
Cause You made me
I am for You

I work, I work, I work, I strive
To make something of my life
I seek, I seek, I seek, I find
I find another hill to climb
And everything we do
We dedicate to You
Cause You made us
We are for You
I look, I look, I look, I see

He sent the Prophet to show us the way
He made Religion perfect that Day
Peace be upon him, upon him we pray
Salatullah, wa salamu ‘alyhi (x2)

8:40 PG

Watiqah tag majlis raja-raja...

Assalamualaikum..
P

engumuman berita gembira untuk adik biskutz,perutusan khas majlis raja-raja planet Zuhal dengan ini berkenan mengumumkan permintaan beliau yang telah lama diutarakan setelah dipertimbangkan yang mengandungi berat sebanyak 100kg.Saya mewakili majlis raja-raja planet Zuhal dengan ini mengumumkan bahawa tag anda akan dijawab pada hari ini.

Tujuh perkara janggal tentang diri Tuanku Makhkota Y.A.A Tan sri Tun Ryenz..

1)Suka mendengar tp xsuka bercakap
-mendengar ape-ape saje exc bebel & kutukan,xboley tahan maa...kira bole jadi pendengar setiala..hehe.
-memerlukan masa untuk bercakap,kalau spontan gerenti ketaq bulu idung..huhu.

2)Aktiviti memerap yang memang kerap
-banyak perkara bole dibuat ketika memerap dirumah antaranya berangan,makan,masak,tido.

3)Mencuba perkara yang pelik
-cuba masak mengunakan resepi ciptaan sendiri.sedap tp pelik..hehe
-suka makan makanan2 pelik yang mempunyai khasiat walaupun pahit..uwekkk..
-buat exsperimen yang sendiri xtau ape yang hendak dibuat..

4)Mudah marah tp mudah sejuk
-sukar untuk melepaskan kemarahan tanpa tujuan.
-kalau melampau sangat..tak boleh tahan maa..

5)Badan yang sentiasa slim dan mantain
-walaupun melantak sekontena nasi,selaut ayam,badanku tetap ramping kan..hikhikk..

6)Masih dalam pertimbangan
-harap maaf,majlis raja-raja belum berkenan mengumumkannya.

7)****Sensor****
-tidak diluluskan oleh majlis raja-raja planet Zuhal kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Segala cerita diatas adalah rekaan semata-mata.tiada berkaitan dengan yang masih mati ataupun yang telah hidup.Sekian

Kepada si budak nakal biskutz,tag anda telah dijawab dengan jayanya walaupun melewati waktu kerana perbezaan waktu antara planet zuhal dengan bumi yang amat ketara.