1:29 PG

MoNOLog riNDu bUatMu...

M


ay ini mengimbau kembali ku pada setanggal tarikh yg bersejarah..pada seseorang yang sangat kurindui..pada sebuah nama yang berjasa..sentiasa terpahat dalam hati ini..selamanya..

13 may 1959 merupakan tarikh kelahirannya...diciptakan untuk melahirkanku kedunia yang serba indah ini.Pertama kali mataku terbuka memandangnya..kumenganguminya. Ketabahannya mengandungkanku 9 bulan lebih..mendidik serta mengasuhku tanpa sepatah keluhan sehingga ku menjadi insan yang berguna..Belaian mesra itu kukenangi sehingga kini.sungguh kuterharu.

13 may..tarikh itu tetap wujud setiap tahun,akan berulang-ulang kali..tetapi pemiliknya hanya tinggal kenangan.tidak lagi wujud dan tidak akan wujud didunia fana ini.ahh....aku betul-betul merinduimu ibu...mengapa secepat itu ibu pergi meninggalkanku...aku kesepian tanpa ibu.

Tarikh itu...7 mac 2001..masih kuingat saat itu..tarikh keramat ibu meninggalkanku ...tinggal selamanya.tiada lagi insan bernama ibu disisiku..aku kesedihan.bagaimana harus ku harungi hidup ini tanpamu ibu...aku lemah..aku tiada daya..akhirnya aku pasrah ibu...aku tahu DIA lebih berhak menyanyangimu..itulah takdirNya untukmu ibu.

Sebelum kita berpisah..masih kuingat saat itu.........
3 hari sebelum pemergianmu...aku baru pulang dari asrama sempena cuti Hari Raya Adha..adik-adik pun baru pulang dari sekolah agama petang..sedikit lewat.abang-abang mungkin akan pulang malam ini ataupun esok pagi..tekaku dalam hati.lebih kurang jam 8.00 malam lepas isyak..ibu baru pulang dari tempat kerja..ibu nampak letih..tapi ceria melihat kepulanganku..malam itu aku menghabiskan masa berbual mesra dengan ibu..cerita berkenaan sekolah dan sebagainya...ibu gembira..aku pun gembira.

2 hari...ibu mengejutkan aku yang terbaring dikusyen..menyuruhku berkemas-kemas untuk persiapan raya esok hari.aku bangun malas..abang-abang belum sampai lagi..terpaksalah aku berkemas seorang diri...kadang-kadang ditolong oleh adik-adik walaupun lebih banyak menyepahkan..aduuhh..aku menukar sarung kusyen..ibu sibuk memasak didapur.Selesai masak..ibu nampak penat dan mengadu seperti hendak demam...aku membentang tilam dan menyediakn ubat untuk ibu.Ibu terbaring lesu.Malam itu ibu menelefon kawan sekerjanya supaya memberitahu majikan mereka bahawa ibu mahu berhenti kerja...kami terkejut...tetapi aku sedikit gembira kerana selepas ini lebih banyak masa bole bermesra dengan ibu.Abang-abang pun sudah sampai semuanya.Malam itu kami bercerita lagi..ibu gembira kerana puasa ramadhan lepas ibu dapat berpuasa penuh..aku pun tersenyum tanpa syak apa-apa pun.

1 hari...takbir raya bergema..suasana ceria,berwarna-warni,kanak-kanak berlari riang.Selesai solat raya kami pulang...ibu masih lagi dipembaringan..lesu tiada daya.adik perempuan kami seorang tu yg jaga ibu ketika kami solat tadi.Aku mengambil alih tempatnya..ibu meminta air dan supaya dikipaskan.aku turuti sambil menyiapkan latihan add math.Ayah ke surau bergotong-royong menyembelih korban.Seringkali aku tertidur ketika mengipasi ibu...tersedar sahaja aku lihat ibu masih belum tidur.. bibir ibu nampak biru lebam.Malam itu ayah membawa ibu ke rumah makcik tukang urut di kampung sebelah memandangkan klinik tutup sempena raya.Selesai urut,makcik itu memberitahu ayah sesuatu yang sangat mengejutkan..ayah tergamam..tetapi tidak memberitahu kami sehingga ia benar-benar terjadi.Malam itu juga angah dan abg lan pulang ke tempat mereka kerana cuti yang pendek.Hanya along dapat cuti panjang.

Hari itu..aku masih mengipasi ibu dipembaringan sambil menyiapkan baki latihan add math.Ayah berkerja...adik-adik sudah ke sekolah.Seringkali ibu bertanya jam pukul berapa dan ayah sudah pulang atau belum.Ibu mengingatkanku agar mengejutnya pada jam 2 untuk mandi.Aku mengangguk mengikut rentak kipas.Tepat jam 2..aku mempimpin ibu ke bilik air.Selesai mandi ibu terbaring lagi di katil dalam bilik.Kedengaran bunyi motor ayah pulang.Dada ibu berombak kencang...ibu minta diselimutkan...aku mula rasa tidak sedap hati.Ayah mengajak aku untuk membawa ibu ke klinik.Kami mempimpin ibu ke kereta..ketika sampai didepan pintu rumah..tiba-tiba ibu terpelosok jatuh.Aku dan
ayah cepat-cepat mengangkat ibu masuk terus kedalam kereta.Ayah memandu ke klinik
berdekatan..dalam kereta ibu sedang terbaring nazak..ayah menyuruh aku mengajarkan
syahadah..mulut ibu kumat-kamit mengikut..alhmdulilah,walaupun tiada bunyi.

Sesampai diklinik..melihat keaadan ibu yang mukanya hampir biru,doktor dan misi membawa ibu terus ke biik ICU.Kami menunggu diluar..sementara itu aku menelefon nenek dikampung...aku memberitahu ibu sedang nazak..nenek hampir pengsan.Doktor keluar dari bilik ICU...membawa berita yang menyedihkan bahawa ibu tidak dapat diselamatkan.Kami tergamam...tiada kata dapat dilafazkan ketika itu..sedih yang teramat.Doktor membenarkan kami masuk ke dalam bagi melihat jenazah ibu.Sesuatu yang ajaib berlaku ...ibu seakan bernafas kembali..tetapi hanya seketika..nafas yang terakhir.Allah mengizikan kami melihat nafas terakhir ibu...alhmdulilah.

Hujan renyai-renyai...langit suram seakan turut menangisi kematian ibu,aku mengiringi jenazah ibu menaiki kereta jenazah menuju ke rumah.Ayah pula ke balai polis bersebelahan melaporkan kematian ibu.Sesampai dirumah..orang ramai sudah menunggu.Jenazah ibu dibawa ke dalam dan diletakkan diatas katil di tengah-tengah ruang tamu rumah.Nenek dan saudara dikampung tiba setelah setengah jam.Bacaan Quran dan Yassin mula bergema.Orang ramai mula memenuhi ruang rumah sehingga malam.

Selesai dimandi dan dikafankan...jenazah ibu dibawa ke surau untuk disembahyangkan. Ramainya orang menyebabkan jenazah disembahyangkan beberapa kali.Jenazah ibu akan dikebumikan pada malam itu juga.Suasana sunyi seketika..hujan tadi sudah reda... gelap..hanya cahaya bulan penuh dan cahaya lampu dari surau menerangi kawasan perkuburan itu.Jenazah ibu diturunkan kedalam kubur..aku dapat lihat wajah ibu dengan jelas ketika dibuka penutup kafan dimuka..tersenyum.

Ibu...aku pasrah dengan pemergianmu..aku redha setelah puas menatapi wajahmu yang seakan bercahaya ketika dipembaringan kafan.Nenek pun berkata begitu.Aku kagum dengan hidupmu yang taat pada ayah..tidak pernah melangkah keluar tanpa izinnya walaupun sekali.Ibu keluar bekerja dahulu pun dengan izin ayah bagi membantu mengurangkan beban menanggung kami.

Ibu...sungguh kami terkejut ketika diberitahu ayah dari makcik tukang urut itu..bahawa rahim ibu sudah jatuh dan tidak boleh dinaikkan semula menandakan ajal sudah hampir.Dan puasa itu baru kusedar rupanya ibu tidak akan ada hutang lagi...dan tidak menyusahkan waris untuk membayar fidyah.Jenazah ibu dikebumikan pada waktu malam pun merupakan suatu rahmat..kerana sebaik-baik jenazah wanita adalah dikebumikan pada waktu malam agar tidak dilihat auratnya.

Ibu..kini aku kesepian tanpamu..tidak dapat kubayangkan tanpa ibu disisi..kasih sayang yang ibu curahkan tersemat dihati..aku seringkali bermimpikanmu..berbual denganmu seolah-olah ibu masih hidup.hakikatnya wajah ibu hanya bayangan.ibu..aku menitipkanmu sebuah sajak khas untukmu..jika ibu dapat membacanya..alangkah gembiranya hati ini..hanya untukmu ibu....(sajak lihat pada entry 31 may 2007)

p/s: hargailah ibubapa kita sementara mereka masih bernyawa..terimalah mereka seadanya..tanpa mereka tiadalah kita.

0 ulasan: