3:20 PG

peKsE ~~ eXam~~imTihAN


B

ismillahirahmanirahim..

Air laut berombak tenang,
menderu pantai menyaman lena,
bulan imtihan kian mendatang,
ku mohon berundur nan seketika.

Puteri salju sicantik rupawan,
menawan hati si Putera kayangan,
jika diri ini terdapat kesalahan,
mohon hamba mengharap kemaafan.

Embun pagi menitis layu,
mendamai hati menghembus bayu,
doa tuan hamba harapan daku,
agar najah di imtihan itu.




11:48 PG

Anak Halal filem yang sia-sia, filem batil! - Faisal Tehrani

B

egini, kesenian Melayu-Islam yang menjadikannya indah ialah kerana bentuk, kemudian kandungannya, dan kemudian rasa yang dijambatani oleh kita dan semua hal tersebut dijalin oleh faedah dan manfaat. Nah, faedah dan manfaat itu yang mustahak.Tikar mengkuang sekali pun, kain batik sekalipun meski diciri oleh estetika yang menakjubkan akhirnya mesti dicipta untuk memberi faedah. Kain batik yang cantik tetapi dicipta untuk tidak memberi faedah maka ia sia-sia.

Begitu jugalah karya sastera, atau karya filem. Mengambil kira 50 tahun merdeka, semua dari kita ingin kembali kepada jatidiri sendiri. Mahu merdeka dari kejahilan dan kebatilan serta kebodohan yang pernah dipantakkan kepada kita dulu. Filem juga mesti kembali kepada keindahan bentuk, kandungan, rasa dan mesti berfaedah.

Anak Halal sebuah filem yang sia-sia. Pembikinannya sia-sia, terlibat dalamnya sia-sia. Hasilnya juga sia-sia. Justeru menontonnya juga sesuatu yang lagha.

Tetapi untuk mereka yang tiada Tuhan, filem 110 minit dengan adegan rogol, peluk sana sini (ingatan: dakap dan gomolnya jauh lebih ganas dari Gubra!), main dadah (kononnya untuk tunjukkan dadah itu memusnahkan tetapi penonjolan dadah itu sendiri menghairankan kita!), adegan berkemban dan tak pakai baju, rempit dan kemungkaran, gangsterisme, bunuh-membunuh, adegan separuh Hindraf (iaitu ganas tidak bertempat), serta pagi tanpa subuh berleluasa di sana sini tentulah mereka gemari.

Ingat; kerangka yang saya guna ialah bukan kerangka bentuk, kandungan dan rasa lagi, kerangka yang saya gunakan disini ialah sebagai 'ciptaan Tuhan yang mencipta' kita melakukan sesuatu semuanya untuk memberi faedah, lagi bermanfaat.

Tidak pernah saya menonton filem seburuk ini. Rasanya Nana Tanjung 10 kali lebih senonoh dari filem batil ini. Malahan kata teman saya, menonton Impak Maksima 20 kali pun lebih baik dari menonton kisah gila ini.

Betul, Anak Halal sebuah filem yang sedang ditayangkan di panggung kala ini adalah sebuah filem yang tiada jatidiri. Sesekali macam berkiblatkan Hong Kong, sesekali pula macam berkiblatkan Bollywood, ada sentuhan macam nak jadi Indonesia, juga macam nak jadi Hollywood dan disuntik sana sini pesan yang kononnya bermaruah iaitu supaya jangan hancurkan anak bangsa dengan dadah. Kecelaruan identiti begitulah kesimpulannya.

Aspek naratif? Hancur bersepai! Plot filem ini lemah dan kelam kabut serta tiada arah. Watak dan perwatakan mendatangkan geli geleman dan dialog tidak lojik seperti ingin hidup di Zuhal atau ingin terbang ke Kejora diucapkan demi memberi sentuhan artistik. Puitis la konon!

Pengalaman membaca dan membimbing cerpen pemula dari budak-budak Minggu Penulis Remaja, macam itulah jalan cerita dan plot filem ini. Plot macam budak tak pernah belajar menulis. Penuh dengan klise (anak orang kaya mesti tak cukup kasih sayang!), formula karut (zina, penagihan dadah dan penderitaan ala 'Bersama-Mu' untuk menagih simpati dan tangsian penonton), serta melankolia geli anak tekak (seperti adegan cinta yang busuk).

Eloklah pengarah-pengarah filem kita masuk berkursus dulu, masuk berkursus penulisan dengan Saharil Hasril Sanin pemenang Hadiah Sastera Berunsur Islam DBP pun tak apa. Upah Saharil mengajar apa itu logos dulu kalau pun tak kenal erti ethos.

Begini, sebab dan akibat yang lemah itu biar saya huraikan, (ingat dari segi naratif filem, plot yang bodoh, tidak lojik dan merapu adalah bukti kelemahan sesebuah filem): Hisham seorang penjenayah telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam, seorang perempuan gila di jalanan. Hisham telah ditangkap dan dipenjarakan. Mariam membesarkan bayi tersebut (Putra) dalam kemelaratan.

Tinggal di kawasan kumuh yang kusam, berjirankan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna. Dari zaman kanak-kanak, Putra dan Johanna bersahabat rapat. Selepas Mariam diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Putra dibesarkan oleh Bu Leha. Putra dan Johanna membesar menjadi remaja jalanan. Putra bertugas di sebuah kedai potong, sementara Johanna dan ibunya berniaga di Pasar Chow Kit.

Huraian Pertama: Cerita dengan watak kerdil akan mengakibatkan pemikiran yang dihantar juga kerdil. Watak kerdil tak pernah dapat berfikir besar, sebab itulah bila Mariam merindui Putra, dia berangan nak terbang ke bintang Kejora (dengan air mata bertakung). Memang menyampah dan meluat betul. Kerana itu jugalah kita lihat watak-watak ini duduk dalam lingkungan kemungkaran dan tak pernah mahu keluar darinya.

Tak cukup-cukup ke filem Melayu atas nama realisme (yang konsep dan falsafahnya menyalahi Islam itu) menonjolkan realiti seperti pelacur, rempit bohsia, penagih dadah? Tak cukup-cukup ke? Korang yang tengok tak muak-muak ke?

Lebih keji, lebih tiada Tuhan ialah apabila voice over di hujung filem ini menyatakan - setiap manusia ada takdir sendiri - cis biadab! Seolah-olah keadilan Ilahi dicabar dalam filem ini. Watak-watak yang tiada harapan ini menyalahkan Tuhan pula.

Kerana Tuhan dah takdirkanlah maka mereka hisap dadah, kerana Tuhan dah takdirkanlah mereka jadi pembunuh dan penjenayah, kerana Tuhan dah takdirkanlah maka mereka berpeluk bercium tak sudah-sudah. Kerja menyalahkan Tuhan ini menunjukkan pengarah-pengarah filem di Malaysia tak faham agama Islam.

Sewaktu mengajar di Sekolah filem UiTM dulu, sewaktu mengajar Farid Kamil dulu saya pernah mencadangkan supaya sekolah filem mengajar subjek agama dan subjek sastera tradisional. Tujuannya supaya tak ada karyawan filem buat drama sia-sia dan penuh dengan sundal macam Spa-Q, atau supaya tak buat cerita hantu dan mengagungkan khayal serta khurafat, atau tak buat skrip macam Jelatang yang di akhir setiap episod penulis skrip berpesan supaya kita bertaubat (dia yang buat cerita tak senonoh kita pula disuruh bertaubat!).

Dan supaya mereka kenal jati diri bangsa menerusi hikayat lama seperti Sulalatus Salatin. Tetapi cadangan itu dipandang sepi. Malah diremehkan dengan kata-kata 'nak jadi tukang filem buat apa belajar agama'. Begitulah kalau sudah tak kenal hukum. Disiplin apa pun kembali kepada Tuhan. Kaji alam macam bidang geografi pun akhirnya dapat jumpa Tuhan, patutnya begitulah juga dengan dunia filem.

Ini satu hal yang menyesakkan, sekolah filem di UiTM, sekolah filem di Aswara, sekolah filem di USM dan UM mesti menyediakan asas pemikiran bangsa dari awal lagi.

Sila jemput Mufti Perlis yang banyak kepandaiannya itu untuk mengajar karyawan filem yang tak ada arah ini, ajarkan mereka doktrin Inna lillah wa Inna ilaihi Rajiun. Ajarkan juga konsep min aina, fi aina dan ila aina. Sebab pengarah filem dan pelakon filem pun ada Tuhan dan akan mati satu hari nanti. Sekolah filem kita mesti mengajarkan rukun iman.

Ini tidak, karyawan filem kita buat filem macam tak kenal adanya hari kiamat! Astaghfirullah, karyawan seni kita makin tak ada Tuhan ke?

Kalau tak, pengarah filem kita akan buat kerja sia-sia lagi. Dan duduk dalam putaran keji yang serupa. Kemudian sesama mereka akan ampu dan angkat sesama sendiri. Syok sendiri.

Huraian Kedua: Johanna membesar sebagai seorang gadis tomboi, dalam diam menyukai Putra. Tetapi Putra pula jatuh cinta dengan Amiera, anak orang kaya yang dikenali mereka secara kebetulan. Amiera walaupun disaluti kemewahan tetapi hidup dalam kesunyian. Mereka sering melepak bersama. Mereka bahagia hidup dalam dunia mereka sendiri.

Lihatlah stereotaip yang tidak pernah bebas dari filem Melayu. Sebab dan akibat yang sama tak sudah-sudah, langsung tiada kreativiti. Tolonglah beri anjakan paradigma sedikit wahai orang filem!

Huraian Ketiga: Erzan salah seorang rakan mereka, sedang dibelenggu masalah hutang dengan along dan diugut supaya melangsaikannya segera. Suatu hari ketika sedang melepak dan tergedik-gedik di kelab malam, mereka ditangkap dan ditahan di lokap (maka ada alasanlah untuk hero-hero filem ini ditampilkan dalam adegan tak pakai baju dan hanya pakai boxer) .

Bapa Amiera begitu marah dan tidak membenarkan Amiera keluar dari rumah. Amiera yang tertekan (memang macam cerpen yang biasa editor Dewan Siswa reject!), di samping ketagihan dadah telah melarikan diri. Amiera bertemu Erzan. Mereka sama-sama khayal dengan dunia dadah mereka.

Keesokannya Putra yang terjumpa mereka berdua telah naik angin. Amiera melarikan diri. Setelah puas mencari, Putra bertemu Amiera dalam ketagihan yang amat teruk. Amiera minta Putra membawanya ke tempat dia sering mengambil bekalan, di Kg. Kayu Ara. Putra bersetuju kerana dia mahu tahu tempat dan orang yang telah merosakkan kawan-kawannya itu.

Jeng-jeng orang yang merosakkan kawan-kawannya ialah bapanya sendiri, yang sudah keluar dari jel. Tak ke klise! Macam filem Tamil, malah filem Tamil pun sudah jauh lebih bermutu.

Kemudian untuk menambah rasa jengkel kita, Amiera yang sedang khayal dek dadah di bumbung flat tempat Putra tinggal telah mengejar bunga api dilatari KLCC lalu jatuh dan mampus di situ juga dalam hujan yang lebat. Inilah kemuncak tiadanya moral dalam filem Melayu, sangat hadhari sifatnya.

Putra yang bertambah marah dengan kesan dadah ke atas kawan dan kekasihnya telah membawa geng untuk bergaduh dengan kumpulan along, maka jadilah adegan ala-ala The Departed atau Young and Dangerous yang merepek merapu.

Kemudian plot menjadi seperti filem Bangla semula, Putra nekad ke Kg. Kayu Ara mahu membunuh mereka yang terlibat. Niat Putra terlaksana apabila dengan mudah dapat membunuh Hisham, ketua kumpulan pengedaran dadah tersebut.

Tiba-tiba muncul wanita tua yang sekian lama dirindui Putra, Mariam. Selama ini rupa-rupanya Mariam telah dijaga oleh Hisham, dan mereka berdua tidak pernah berputus asa mencari Putra. Oh Putra membunuh atau terbunuhkan bapanya sendiri. Oh sedih-sedih, penonton dipaksa bersedih. Saya kira inilah naratif filem yang paling memperbodohkan penonton pernah saya tonton.

Bunuh sana sini dalam filem ini kita pun tertanya, polis Malaysia yang cekap itu di mana, di hujung barulah muncul polis dengan kereta peronda. Saya kira filem ini juga menghina slogan cepat mesra betul polis. Kasihan polis. Padahal polis di Malaysiakan cekap dan baik? Sampai hati kutuk polis diam-diam begini.

Kerja seni bukan kerja setakat menyusun bentuk, mengisi kandungan dan menampilkan rasa. Kerja seni macam mesin basuh juga mesti memainkan peranannya. Setakat mahal, nampak bergaya dan penuh estetika tetapi tiada fungsi itu namanya tak berguna, dan benda tak berguna adalah sia-sia.

Kembali kepada 'voice over' Putra di akhir filem yang menyalahkan takdir tadi, inilah kesesatan sekolah pemikiran hasil daripada ketidakfahaman terhadap konsep keadilan Ilahi. Ini kesan kerana ustaz-ustaz kita dari dulu asyik mengajar sifat 20 dan ini kesan kerana ustaz balik dari Madinah dan Jordan kebanyakannnya bertengkar tahlil itu bid'ah ke tidak, ada filem macam gampang; tak siapa pun peduli. Agamawan kita seronok nak bid'ahkan orang, mungkar tertonggok depan bijik mata buat tolol.

Wahai pengarah filem, kalau ya pun mahu berjaya di peringkat internasional dan menang di pesta filem antarabangsa janganlah hina diri sendiri.

Filem kita tak akan mampu menandingi filem Barat dari segi teknologi. Dari segi kandungan dan bentuk serta rasa, kita punya tafsiran sendiri-sendiri (untuk mereka yang tiada Tuhan tentu berbeza dengan yang ada Tuhan), tetapi dari segi faedah dan manfaat, kitakan Melayu-Islam, faedah dan manfaat itu kembali kepada tauhid, kepada Nabi, kepada keluarga baginda.

Sebab itu sekolah filem kita mesti mengajar epistemologi. Kenal kamera sahaja tak memadai. Kamera tanpa Tuhan adalah kerja sia-sia.

Harap Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen dan Dr Abu Hasan dapat pertimbangkan. Kamera harus bersekali dengan Tuhan. Itulah yang menjadikan kesenian kita berbeza dengan kesenian Barat dan bukan Islam, iaitu kita tidak habis setakat bentuk, kandungan dan rasa sahaja, ada lain di sebalik itu semua. Itulah kelainannya.

Godless dan Hopeless tema yang sesuai untuk Anak Halal (tema ini berturutan sejak Bukak Api, Puaka Tebing Biru dan terbaru filem ini). Mesej besarnya, kalau hisap dadah tak apa, ini kerja takdir, Tuhan dah takdirkan untuk hisap dadah jadi nak buat macam mana. Atau kalau nak melacur pun melacurlah, dah takdir. Nak buat macam manakan?

Memang kerja sia-sia.

* Nota: Kalau yang membikin filem ini namanya Lee Ang, atau Gus Van Sant saya tak akan berleter begini. Tetapi yang terlibat hampir kesemuanya muslim, dan sebagai muslim kita diminta bertanggungjawab dengan syahadah kita

9:52 PG

Pengijazahan sanad miras



A

lhamdulillah khatam sudah pembelajaran kami dalam bidang miras@faraidpenat.Semalam detik-detik sejarah pengijazahan sanad miras dari guru kami ustaz Jabal,peacemenandakan kami diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk mengajarkan ilmu yang semakin hilang dimuka bumi ini.pelukinsyAllah akan kami laksanakan tanggungjawab itu..tandukJazakAllah khairan kathiran buat ustaz Jabal yang bersusah payah mendidik kami..ros

12:09 PG

Lagu Minggu ini...

>

Giegiel - Cahaya

Akhir kutemui sinar menerangi
Umpama datangnya bidadari
Terasa bagaikan mimpi-mimpi suci
Hadirnya ada rahsia tersendiri

Biar arah mengelirukan diri
Biar rebah ke bumi

Tersesat bagaikan tiada bertepi
Ke dasar hanya doa mengiringi
Kabut yang berlari ditinggal begitu
Takkan kudakap seperti dulu

Di sepi malam hanya bertemankan bintang
Hatiku merayu pada-Mu Tuhan Yang Satu
Moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemui-Mu
Hanya ku berserah padamu Tuhan ku

Hanya pada nama
Hanya satu pintaku
Hanya pada kasih
Kan kuserahkan jiwaku
Hanya pada cinta
Hanya itu janjiku
Hanya pada Satu
Aku imankan jiwaku

Aku merayu pada-Mu Yang Satu
Moga ditempatkan ku bersama cahaya
Seperti mereka
Setia dengan Mu

( ulang 1, 2 & 3 )

Setia dengan Mu ( 3X )

3:09 PG

DOA..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.




Selawat dan Restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, Nabi yang
Mulia, kepada keluarga Baginda dan Para Sahabat Baginda 'Amnya.

Relalah aku berTuhankan Allah, berAgamakan Islam dan berNabi serta
berRasulkan Muhammad S.A.W.

Ya Allah sesungguhnya kami memohon perlindungan dengan Engkau daripada
menyekutukan Engkau dengan sesuatu apa juapun yang kami tahu sendiri dan
kami memohon dari Engkau apa yang tidak diketahui oleh kami.


Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan
menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan
yang ringan menyempurnakan keta'atan kepada perintahMu. Ya Allah,
kurniakanlah kami Iman yang sempurna , hati yang khusyuk', ilmu yang
berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Kurniakanlah kami Din cara
hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka.
Kami mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta
jasa orang lain. Berikan kami Iman yang sebenarnya sehingga kami tak lagi
gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri, atau
menyembah selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung Rahmat Mu
kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang
bersama-sama kami. Jangan ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan
oleh diri kami sendiri; walaupun sekadar sekelip mata atau kadar masa
yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat
memperkenankan pinta (perkenankanlah).

Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul
kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul
beban da'wah Mu, Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syari'at Mu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya.
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati
ini akan jalanNya yang sebenar. Penuhkanlah piala hati-hati ini dengan
cahaya Rabbani Mu yang tak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini
dengan limpahan Iman/Keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.
Hidup-suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat pengetahuan sebenar
tentang Mu...(Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik
hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu. Engkaulah
sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.

Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah Junjungan kami Muhammad, keluarga
dan Sahabat Baginda semuanya,

...AAMIIIIN...WAL HAMDULILLAHI RABBIL 'ALAMIN.

1:36 PG

InSAn bERnama SaHaBAt...

S

ahabat merupakan insan yang terhampir dengan kita setelah ibubapa dan adik beradik.mereka tempat kita bergembira dimasa suka dan juga menjadi tempat mengadu rasa dikala duka.Sesungguhnya sahabat itu insan yang perlu dihargai sebagai tanda setia kawan.perumpamaan sahabat itu ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya. Adakalanya sahabat itu menjadi musuh kita sekiranya kita tersalah memilihnya.Maka seharusnya kita mengetahui ciri-ciri sahabat yang sejati sebelum memilih untuk dijadikan teman seperjuangan.senyum

12 Sifat SAHABAT


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan
membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan
sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan
menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan
menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan
menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan
mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan
menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan
kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang
mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan


{petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali}

2:26 PG

di CeNgkam beRkaH waKTu..

Bismillah..

B

ertemu kembali kita dalam warkah siber ini.sudah hampir seminggu warkah ini disulami sawang-sawang maya.sudah seminggu juga saya ketandusan idea.entah tidak tahu untuk mengisi entry2 terbaru.aroundsudah pastinya anda bosan dengan blog ini dan seharusnya saya memohon kemaafaan di atas kelalaian ini.kenyitKelalaian yang bukan saya cipta sendiri,bukan juga saya sengajakan tetapi adalah ketentuanNya.

Dua minggu kebelakangan ini saya dicengkam kesempitan waktu yang bersangatan.Kuliah- kuliah di universiti sudah rancak dengan muhadharah setiap hari dari pagi hingga petang.Seusai kuliah lebih kurang jam 3, pulang ke rumah dahulu untuk mengisi tangki perut yang kosong sambil merehatkan badan dan otak yang sendat diisi penuh ilmu.busuk

Belum pun peluh di dahi kering, makanan di perut hadam..saya berkejar ke rumah johor untuk mengajar.penatKelas yang bermula jam 7, saya di taklifkan untuk mengajar adik2 tahun pertama bagi madah nahu dan sorof..walaupun saya sendiri belum menguasai sepenuhnya madah itu..masih terkontang-kanting.Tetapi memandangkan amanah yang di beri..saya turutkannya jua..sengihnampakgigi

Seusai mengajar yang saya ambil lebih kurang sejam,saya berkejar lagi ke kelas di haiyu asyir.Kelas faraid@miras bermula jam 8.30 yang saya ikuti seminggu lalu,tidak pernah saya ketinggalan kerana sangat menarik.Menarik dari segi pembelajarannya dan jua cara pengajarannya yang menggunakan sistem termudah.senyumkenyitSistem yang sangat mudah dalam menentukan fardu bagi waris tanpa memerlukan penghafalan kecuali dalil-dalil ayat Quran dan hadis nabi. sistem yang saya tidak pernah jumpa sebelum ini dan saya mengaku ia amat sesuai untuk kita sebagai pelajar.

Dari Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda :
"Pelajarilah ilmu al-faraid serta ajarkanlah, sesungguhnya ia adalah setengah dari ilmu dan ia akan dilupakan dan sesungguhnya ia adalah yang pertama kali yang akan dicabut dari ummatku". (HR. ibnu Majah dan DarunQutniy)


Sesungguhnya ilmu faraid ini amat penting dalam kehidupan kita kerana ia memberi keadilan dalam menentukan harta pusaka terhadap yang berhak menerimanya.untuk syarah yang lebih terperinci saya akan bawakan dalam entry akan datang.

Begitulah kehidupan saya seharian..bukan seharusnya bahkan sewajibnya saya bersyukur diatas nikmatNya yang memenuhi serta memberkati waktu-waktu saya dengan perkara yang bermanfaat.angelTerdapat dalam ayat Allah yang mafhumnya..apabila kita menjaga suruhan Allah dengan baik, maka Allah akan memberkati waktu- waktu kita dengan perkara-perkara bermanfaat dan berfaedah.Wallahualam..senyum

12:09 PG

Sifat ikHLaS..


I

khlas itu mempunyai bukti penguat dan tanda-tanda yg byk sekali, cthnya dlm kehidupan org yg mukhlis; dlm tindak-tanduknya, dlm pandangan terhadap dirinya dan juga org lain. Di antaranya adalah:

Pertama: Takut Kemasyhuran

Takut kemasyhuran dan menyebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk org yg mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bhw penerimaan amal di sisi Allah hanya dgn cara sembunyi-sembunyi, tdk secara terang-terangan dandidedahkan. Sbb andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu ada niat tdk baik yg masuk ke dlm dirinya, maka sedikit pun manusia tdk memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah.

Maka dr itu zuhud dlm masalah kedudukan, kemasyhuran, penampilan dan hal-hal yg serba gemerlap lbh besar drp zuhud dlm masalah harta, syahwat perut dan kemaluan. Al-Imam Ibn Syihab az-Zuhri berkata: “Kami tdk melihat zuhud dlm hal tertentu yg lbh sedikit drp zuhud dlm kedudukan. Engkau melihat seseorang berzuhud dlm masalah makanan, minuman dan harta. Namun jika kami membahagi-bahagikan kedudukan, tentu mereka akan berebut dan meminta lbh byk lagi.”

Inilah yg membuat para ulama salaf dan org-org shaleh antara mereka mengkhuatirkan dan menyangsikan hatinya dr ujian kemasyhuran, penipuan dan kedudukan. Oleh krn itu mereka memperingatkan hal ini kpd murid-muridnya. Para pengarang buku tlh meriwayatkan dlm pelbagai gambaran ttg tingkah laku ini, spt Abu Qasim a-Qusyairi dlm ar-Risalah, Abu Thalib al-Makky dlm Qutul-Qulub, dan al-Ghazali di dlm al-Ihya’.[i]

Begitu pula yg dikatakan seorang zuhud yg terkenal, Ibrahim bin Adham, “Allah tdk membenarkan org yg suka kemasyhuran.”

Beliau juga berkata, “Tdk sehari pun aku berasa gembira di dunia kecuali hanya sekali. Pd suatu mlm aku berada di dlm masjid salah satu desa di Syam, dan ketika itu aku sdg sakit perut. Lalu muazzin dtg dan menyeret kakiku hingga keluar dr masjid.”

Beliau berasa senang krn muazzin tersebut tdk mengenalinya. Maka dr itu beliau diperlakukan secara kasar, kakinya diseret spt seorang pesakit. Beliau meninggalkan kedudukan dan kekayaannya krn Allah. Sebenarnya ketika itu beliau tdk ingin keluar jika tdk sakit.

Seorang zuhud yg terkenal, Bisyr al-Hafy berkata, “Saya tdk mengenal org yg suka kemasyhuran melainkan agama menjadi sirna dan dia menjadi hina.”

Beliau juga berkata, “Tdk akan merasakan manisnya kehidupan akhirat org yg suka terkenal di tgh manusia.”

Seseorang prnh menyertai perjalanan Ibn Muhairiz. Ketika hendak berpisah, org itu berkata, “Berilah aku nasihat.”

Ibn Muhairiz berkata, “Jika boleh hendaklah engkau mengenal tetapi tdk dikenal, berjalanlah sendiri dan jgn mahu diikuti, bertanyalah dan jgn ditanya. Lakukanlah hal ini.”

Ayyub as-Sakhtiyani berkata, “Seseorang tdk berniat secara benar krn Allah kecuali jika dia suka tdk merasakan kedudukannya.”

Khalid bin Mi’dan adalah seorang ahli ibadah yg dipercayai. Jika semakin ramai org-org yg berkumpul di sekelilingnya, maka beliau pun beranjak pergi krg takut dirinya menjadi terkenal.

Salim bin Handzalah menceritakan, “Ketika kami berjalan secara beramai-ramai di blkg Ubay bin Ka’ab, tiba-tiba Umar melihatnya lalu melemparkan susu ke arahnya.”

Ubay bin Ka’ab lalu bertanya, “Wahai Amirul Mu’minin, apakah yg tlh engkau lakukan?”

Jawab Umar, “Sesungguhnya kejadian ini merupakan kehinaan bg yg mengikuti dan ujian bg yg diikuti.”

Ini merupakan perhatian Umar bin al-Khattab secara psikologi terhadap fenomena yg pd permulaannya boleh menimbulkan kesan dan pengaruh yg jauh terhadap kejiwaan org-org yg mengikuti dan sekaligus org yg diikuti.

Diriwayatkan dr al-Hasan, beliau berkata, “Pd suatu hari Ibn Mas’ud keluar dr rumahnya, lalu diikuti beberapa org. Maka beliau berpaling ke arah mereka dan berkata: “Ada apa kamu mengikutiku? Demi Allah, andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua org antara kamu pun tdk akan dpt mengikutiku.”

Pd suatu hari al-Hasan keluar rumah lalu diikuti beberapa org. Beliau bertanya, “Apakah kamu ada keperluan kpdku? Jika tdk, mengapa kejadian spt ini masih tersemat dlm hati org Mu’min?”

Ayyub as-Sakhtiyani melakukan suatu perjalanan, lalu ada beberapa org yg mengalu-alukan kedatangannya. Beliau berkata, “Andaikata tdk krn aku tahu bhw Allah mengetahi isi hatiku ttg ketidaksukaan aku terhadap hal ini, tentu aku takut kebencian dr Allah.

Ibn Mas’ud berkata, “Jadilah kamu sbg sumber ilmu, pelita petunjuk, penerang rumah, obor pd waktu mlm dan pembaharu hati yg diketahui penduduk langit, namun tdk dikenal penduduk bumi.”

Al-Fudhayl ibn Iyadh berkata, “Jika engkau sanggup utk tdk dikenal, maka lakukanlah. Apa sukarnya engkau tdk dikenal? Apa sukarnya engkau tdk disanjung-sanjung? Tdk mengapalah engkau tercela di hadapan manusia selagi engkau terpuji di sisi Allah.”

Athar-athar ini tdk mengajak kpd pengasingan atau uzlah. Org-org yg menjadi sumber riwayat ini adalah para imam dan da’ie. Mereka memiliki pengaruh yg amat baik dlm menyeru masyarakat, mengarahkan dan memperbaiki keadaan manusia. Tetapi yg dpt difahami dr sejumlah penyataan mereka adalah kebangkitan dr naluri jiwa yg tersembunyi, kewaspadaan terhadap tipudaya yg disusupkan syaitan ke dlm hati manusia, jika hati mereka dicampuri hal-hal yg serba gemerlap dan dikelilingi org-org yg mengikutinya.

Kemasyhuran itu sendiri bknlah suatu yg tercela. Tiada yg lbh masyhur drp para Anbia’, al-Khulafa’ ar-Rasyidin, dan imam-imam mujtahidin. Tetapi yg tercela adalah mencari kemasyhuran, takhta dan kedudukan, serta sgt bercita-cita mendapatkannya. Kemasyhuran tanpa cita-cita ini tdklah menjadi masalah, sekali pun ia ttp menjadi ujian bg org-org yg lemah, spt yg dikatakan oleh Imam al-Ghazali.

Sejajar dgn pengertian ini yg tlh disebutkan dlm hadith Abu Dzar drp Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bhw Baginda prnh ditanya ttg seorang lelaki yg melakukan suatu amal kebajikan krn Allah, lalu org ramai menyanjungnya.

Maka Baginda menjawab, “Itu kurnia yg didahulukan, sekaligus khabar gembira bg org Mu’min.” (HR Imam Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)

Ada pula lafaz lain, “Seseorang melakukan amal krn Allah lalu org-org pun menyukainya..

Pengertian spt inilah yg ditafsirkan oleh al-Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibn Jarir at-Thabary dan alin-lainnya.

Begitu pula hadith yg ditakhrij Imam at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dr hadith Abu Hurairah, bhw ada seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, ada seorang melakukan suatu amal dan dia pun senang melakukannya. Setiap kali dia melakukannya kembali, maka dia pun berasa takjub kpdnya.”

Baginda bersabda, “Dia mempunyai dua pahala, pahala krn merahsiakan dan pahala memperlihatkan.”

9:32 PG

Misteri sebuah sYaiR...

Salam..
M


alam semalam sedang saya mendengar ceramah + searching tenet + lapoo...laparsaya menerima sebuah syair@puisi dari seorang kawan di ym..Dia meminta saya menghuraikan maksud di sebalik puisi ini..emm..maka saya bacala dulu..puisi ini berkenaan ketuhanan dan hambanya..


Ya Rabbi, aku ini pohon zaitun

yang tidak di timur dan tidak pula di barat
namun aku tetap berdiri dengan sifat dan asma'-Mu,
mengabikan harta-Mu yang tersimpan
bagaikan minyak yang penuh berkah
dalam sebuah pelita
Engkalulah yang menyalakan pelita ini
tanpa di sentuh oleh api
alangkah terang-benderangnya cahaya-Mu yang melimpah
daripada kaca
seolah-olah ternampak kaca itulah cahaya,
cahaya itulah kaca

Ya Rabbi, telah Kaulabuhkan Tirai Kasih itu
dan Kaunamakannya sebagai diriku
lantas aku pun tertutup dengan tiraiku sendiri
Engkau pun bertanya, 'Bukankan Aku Tuhanmu?'
Bahkan! Aku menyaksikan-Mu
aku telah melihat-Mu sebelum Engkau hamparkan dunia ini
dan sesungguhnya aku mengenali siapa yang kulihat
di sebalik semua yang nyata
Engkaulah yang memperkenalkan diri-Mu
sebagai Maha Pencipta
setelah itu Engkau pun membuat perjanjian denganku
di Alam Lahut
kuterima amanah-Mu untuk menjadi khalifah di muka bumi
akan kukembalikan Hak-Mu
seberapa daya aku termampu berdiri
dengan Kalimat-Mu dan pertolongan-Mu

setelah baca sekali lalu..saya seperti faham maksudnya..then baca sekali lagi secara pelan2 jadi xfaham lak..huhuhuu..nerd

Kawan saya tu dah baca berpuluh kali..tapi xpaham2 jgk..hehehe..jadi dia suruh saya memahamkan dia..saya pun xfaham jgk..sengihnampakgigi

Maka saya pun membuat kesimpulan bahawasanya syair ini mempunyai maksud tersendiri terhadap penulis..mybe ada perkara-perkara yang berlaku keatasnya semasa menulis syair ini...(sebenarnya malu nk ngaku xfaham malu)..hehehe..

pening + ngokngek + lapooo...gile

p/s : sape2 yang faham sila beri comment ya..plzzz ^-^senyumkenyit

6:34 PG

Keletihan YG memenatkaN.

Semalaman rumah saya menerima lagi kunjungan tetamu dari Malaysiapeluk.kali ini tiga trip sekaligus dalam sehari.dan bermakne raya ade lagi rupanya..hehehee..
Trip yang pertama datang lebih kurang jam 9 pagi.kunjungan pertama ini adalah seorang accountant bersama isteri dan seorang anak kecil..yang sgt lincah dan comel..senyumkenyit

nama si comel ni bathrisyah..
jamuan untuk tetamu pertama ialah..mee goreng n karipap..bertungkus lumus kiteorang menyediakannya.kunjungan ini dimaklumkan petang semalamnya..jadi terpaksela kiteorang bersengkang mata menguli tepung malam tu..ngantuk + letih. ngantuk
Abang accountant tu keje kt bank di Ghana. dh 6 thun dok sane...aritu balik malaysia jd nk balik ghana semula..transit di egypt jap..jd singgahla umh kitaorg..
emm..flight kul 3 petang, pas makan2 diaorg terus nak bertolak.yang bestnya..karipap kitaorg mendapat pujian..hehee..encem

Trip kedua pula ialah 3 orang ustaz yang nak ke jordan,di iringi seorang pelajar di sini.mereka sampai lepas zohor dan kiteorang menjamu mereka dengan ikan masak asam pedas dan sayur kacang buncis capcai..(makan tengahari ler)..ngantuk + letih + penatpenat

Trip ketiga sampai setelah trip kedua pulang..mereka adalah kawan-kawan saya yang baru pulang dari malaysia.(sepatutnya saya yang ziarah diorang kn..iskh2)..hehe malu
Jamuan untuk mereka ialah....asam pedas td + saki baki kuih raya yg ada..sengihnampakgigi

ngantuk + letih + penat + gembira +.......tidoooo.... pic raya aritunya..

11:09 PG

ada apa pada Kita..


KITA SEBENARNYA...

* Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram

* Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

* Lebih membesarkan hari
Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat

* Lebih khusyuk mendengar
lagu daripada mendengar Azan

* Lebih suka lepak,tidur tengok TV daripada sembahyang

* Lebih tahu tentang artis
pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah

* Lebih suka menyebut
hello!...hai! daripada assalamualaikum

* Lebih suka pakai cap,
topi daripada tudung, kopiah

* Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid

* Lebih suka memuji
manusia daripada Tuhan kita sendiri

* Lebih suka membaca
majalah hiburan daripada buku-buku agama

* Lebih suka ke konsert,
karaoke daripada ceramah agama

* Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

* Lebih suka mencarut @#%^&! daripada menyebut MasyaAllah

* Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan

* Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita

* Lebih cintakan urusandunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang tanya
arah tujuan kita, kita pasti akan jawab

Kita
SEBENARNYA.....

Lebih suka menuju ke
Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan
Syurga milik Allah SWT??

Yang mana Tuhan suruh itu sama-samalah kita buat, yang dilarang itu kita pakat tinggallah.
Malu kita dengan Tuhan yang telah memberikan segala kenikmatan kepada hamba-hambaNya tetapi kita masih lupa padaNya. InsyaAllah, Tuhan akan mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lampau. Wallahualam.

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan(sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.

Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.

Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang soleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga , mereka diberi rezeki di dalamnya
tanpa dihisab.
(surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

12:40 PG

Iman Semut vs Iman Manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa,apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum
sebiji, dibubuhdalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggalsemut di dalam
bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamumakan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezekiaku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itukubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur,50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur
orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat.
Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab ImamSuffian:" Di akhir zaman
hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98
orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

12:27 PG

Mengapa ibu menangis..??

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu,mengapa ibu menangis ?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita." Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah,mengapa ibu menangis ?"
Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya.Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri......Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.

Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya...
Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!

" Ini airmata kehidupan."

# (mak..rin rindukan mak..!!?) #

11:03 PG

Salam aidilfitri buat kawan2 yg mengenali dan yg mengunjungi blog ini..maaf zahir batin jika ada salah silap yg terlepas pandang..ampunnn cik :D
Jazakallah diatas sokongan kwn2 selama ini..berilah komentar agar dapat diperbaiki kesilapan lalu dan tidak diulang kembali..wasalam

11:56 PG

Berdoalah wahai orang2 beriman...

PERISTIWA Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari istana syurga mengajar kita untuk memandang sejarah itu dengan perspektif reda kepada Allah.

Hikmah yang lain daripada peristiwa ini adalah kebijaksanaan manusia yang mampu mengatasi malaikat dan syaitan, akhirnya tersungkur juga akibat nafsu yang kadang-kadang boleh mengatasi kehebatan akal. Akhirnya, dengan kehendak Allah, kehidupan di dunia diwujudkan, taubat Adam diterima dan masanya untuk zuriat manusia diuji adakah benar imannya kepada Allah pun bermula. Sesungguhnya yang menjadi penyelamat Adam adalah permohonan taubatnya kepada Allah. Allah menceritakannya: “Kemudian Adam menerima beberapa kalimah (ajaran kata-kata untuk bertaubat). Maka, Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah, ayat 37). Adam mengajar kita bagaimana hendak menjadi manusia mulia.

Bukankah ketika Allah menciptakannya, seluruh makhluk diperintah untuk sujud kepadanya. Tetapi, pengaruh syaitan dan nafsu syahwat boleh menukar jenis makhluk yang bernama manusia menjadi makhluk lain.

Memetik Kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam al-Ghazali mengkaji empat sifat yang merosakkan sifat kemanusiaan seorang manusia iaitu:

Pertama, sifat subu’iyah atau kebuasan. Ciri adalah seperti suka marah, busuk hati, suka menyerang, memukul, memaki dan membinasakan harta benda. Naik ke peringkat kedua iaitu sifat bahimiyah atau kebinatangan. Gelojoh dan tamak seperti anjing, suka benda kotor seperti harta yang haram, zina dan liwat. Bertambah teruk keadaan mereka jika masuk ke peringkat ketiga iaitu sifat syaitaniyah iaitu layaknya umpama syaitan dengan cirinya seperti dengki, penipu, memutar belit, menyuruh yang munkar dan melarang kebaikan.

Kemuncaknya, sifat terakhir iaitu apabila ketiga-tiga sifat itu berkumpul, maka naiklah kejahatan manusia itu sampai ke peringkat sifat rububiyah, ketuhanan iaitu sifat Tuhan ingin dirampas menjadi miliknya. Sifat bangga diri, sombong, mahukan puji dan pujaan orang, sukakan kemuliaan dan kedudukan tinggi. Akhirnya ia mengatakan akulah Tuhan, bukan manusia, aku tidak sudi mentaati dan mematuhi kerana aku berkuasa. Tak ada sesuatu yang setanding diriku.Begitulah kejahatan terbesar anak-anak Adam apabila mereka telah melupakan Allah dan hidup di kubang lumpur dosa yang kotor dan menjijikkan.

Belajar daripada kekhilafan ayahanda manusia iaitu Nabi Adam kepada Allah, setelah khilaf beliau bertaubat seraya berdoa tanpa mengenal erti putus asa daripada rahmat-Nya. Inilah ibadat paling agung yang pertama kali diajarkan oleh Allah kepadanya iaitu berdoa. Apakah sebenarnya fungsi doa itu bagi kita?

* Pertama, doa adalah tali Allah. Doa juga adalah sebagai pengikat kita dengan Allah. Sebagai hamba yang kekal bersifat lemah, manusia perlu sentiasa berhubungan dengan Allah yang Maha Perkasa. Lafaz doa mengandungi makna pengharapan dan kebergantungan kepada Allahus-Somad (Allah Sebagai Tempat Bergantung). Mengakui kelemahan diri dan keperluan kepada pertolongan dan perlindungan Allah. Apabila seseorang manusia berasa tidak perlu kepada doa, dia sebenarnya terlalu angkuh dan sombong dengan jaminan dirinya sendiri. Dia telah memutuskan tali Allah yang mengikatnya sehingga terdedah kepada kebinasaan akibat dosanya melupakan Allah. Seorang Muslim hendaklah sentiasa membiasakan dirinya menyebut nama Allah pada setiap perbuatannya. Seawal bangun dari tidurnya, mandi, memakai pakaian, berwuduk, sembahyang, makan, minum, keluar masuk rumah, bekerja, belajar dan bermuamalat sesama manusia. Hatta, suami yang menggauli isteri, semua itu hendaklah diiringi dengan doa supaya perbuatan itu selari dengan perintah dan suruhan Allah.

Sungguh indah perhubungan antara hamba dengan Tuhannya itu. Dia begitu hampir dan tidak pernah bercerai kerana penghubungnya adalah doa yang penuh keyakinan bahawa Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

* Fungsi doa yang kedua adalah cita-cita dan impian yang ingin dimiliki diusahakan dengan berikhtiar sesuai dengan permintaannya kepada Allah. Orang yang meminta syurga mestilah diiringi dengan kesungguhannya beramal salih. Orang yang meminta keberkatan rezeki hendaklah bersungguh-sungguh bekerja untuk mendapatkannya. Sementara apabila dia meminta dihindari daripada kejahatan diri sendiri, maka dia hendaklah berusaha untuk tidak berbuat dosa dan maksiat. Doa dan ikhtiar saling lengkap melengkapi. Firman Allah bermaksud: “…Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu kaum kecuali mereka mengubah diri mereka sendiri…” (Surah al-Ra’d, ayat 11). Hakikatnya iman itu bukanlah angan-angan. Ia perlu dibuktikan dengan kesungguhan atau jihad dalam beramal salih.

* Fungsi doa yang ketiga adalah sebagai pengubat hati. Saat diri dihina, tidak dipedulikan, diceraikan kekasih dan dibuang oleh pujaan hati, perasaan yang hadir adalah rasa putus asa. Jika berlaku ujian dan cubaan melanda iman seperti kekurangan harta, kehilangan jiwa, kecacatan, kesakitan, bencana alam dan kegagalan setiap perjuangan, kepada siapakah manusia harus mengadu, merintih dan bersandar? Setiap pengharapan akan datangnya cahaya, kepada siapa hendak dipohonkan? Keyakinan dan kekuatan untuk meneruskan hidup, dari manakah penjana kuasanya? Hanya kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Doa adalah kekuatan bagi setiap Muslim, tetapi jika ia tidak difungsikan dengan cara yang betul, maka kekuatan itu akan hilang, yang tinggal hanya lafaz kosong tanpa makna dan tujuan. Kembalikanlah fungsi doa agar kita sentiasa mendapat jawapan yang pasti daripada Ilahi.

10:16 PG

6 Perkara sempurna puasa


IBADAT puasa wajib dilaksanakan umat Islam dan hukumnya fardu ain. Kefarduan ini ditetapkan dalam al-Quran, sunnah dan kesepakatan (ijmak) ulama atau ilmuan Islam.

“Telah difardukan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah difardukan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu.” (al-Baqarah:83)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Didirikan Islam atas lima perkara - antaranya puasa Ramadan.” (Riwayat Bukhari)

Suka atau tidak, umat Islam yang cukup syaratnya dikehendaki berpuasa selama sebulan Ramadan. Apabila berpuasa hendaklah menjaga adab dan batasnya, supaya puasa yang dikerjakan diterima Allah.

Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin menyebut, puasa ada tiga kedudukan, iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat, puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.

Sementara puasa khusus al-khusus ialah menahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah secara total.

Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara selain daripada Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk bekalan akhirat dan bukan urusan dunia.

Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata, sesiapa yang pada siang Ramadan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, ditulis satu kesalahan kerana ia lahir daripada sikap kurang percaya pada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezeki yang dijanjikan.

Tahap puasa seperti ini ialah tahap nabi, as-siddiqin dan al-muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.

Menurut Imam al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh, perlu menyempurnakan enam perkara iaitu:

1. Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta daripada segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah.

2. Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca al-Quran.

3. Menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan, haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya bermaksud:

“Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram.” (al-Maidah:42)

4. Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang dan menahan perut daripada perkara syubhah ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahan daripada makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.

5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan terbabit. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh dengan makanan halal.

Bagaimana boleh seseorang itu mematahkan keinginan syahwatnya dan menewaskan musuhnya sedangkan apabila berbuka dia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika berpuasa.

6. Hendaklah timbul di dalam hatinya perasaan takut dan pengharapan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang celaka.

sumber

2:08 PG

Rintihan roh..

Diriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.

Setelah lewat lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.

Firman Allah SWT bermaksud:
“Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.”
( An-Naba’: 38)

Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.

Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.
Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT menunjukkan:
Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama.”
(Yaa Siin: 79)
Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak.

Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas’ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas’ah itu tidak bergerak dari tempatnya.

Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut.

Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.

Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: “Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi.”

Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat.

Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang dari berkata.

Sebahagian Hukama’ ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:

1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.
2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang keqanadil yang digantungkan di Arasy.
3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih burung pipitnya Syurga.
4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.
5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.
6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.
7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan diwaktu pagi dan petang.


Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.

Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada baginda tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhanku.”
(Yaa Siin: 79)

sumber

11:31 PG

Keutaman infaq di bulan ramdhan

‏ ‏

عن ‏ ‏ابن عباس ‏ ‏قال: ‏كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أجود الناس بالخير وكان أجود ما يكون في شهر رمضان إن ‏ ‏جبريل ‏ ‏عليه السلام ‏ ‏كان يلقاه في كل سنة في رمضان حتى ‏ ‏ينسلخ ‏ ‏فيعرض عليه رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏القرآن فإذا لقيه ‏ ‏جبريل
‏ ‏كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أجود بالخير من ‏ ‏الريح المرسلة


Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:
Rasulullah saw. adalah orang yang paling dermawan dalam hal kebaikan. Beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan. Sesungguhnya malaikat Jibril as. bertemu dengan beliau setiap tahun pada bulan Ramadan sampai selesai. Rasulullah saw. membaca Alquran di hadapannya. Saat Rasulullah saw. bertemu dengan malaikat Jibril, maka beliau adalah orang yang paling dermawan dalam hal kebaikan melebihi angin yang berhembus

Hadis riwayat Ali ra., ia berkata:
Kami sedang mengiringi sebuah jenazah di Baqi Gharqad (sebuah tempat pemakaman di Madinah), lalu datanglah Rasulullah saw. menghampiri kami. Beliau segera duduk dan kami pun ikut duduk di sekeliling beliau yang ketika itu memegang sebatang tongkat kecil. Beliau menundukkan kepalanya dan mulailah membuat goresan-goresan kecil di tanah dengan tongkatnya itu kemudian beliau bersabda: Tidak ada seorang pun dari kamu sekalian atau tidak ada satu jiwa pun yang hidup kecuali telah Allah tentukan kedudukannya di dalam surga ataukah di dalam neraka serta apakah ia sebagai seorang yang sengsara ataukah sebagai seorang yang bahagia. Lalu seorang lelaki tiba-tiba bertanya: Wahai Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak sebaiknya kita berserah diri kepada takdir kita dan meninggalkan amal-usaha? Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang berbahagia, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang berbahagia. Dan barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang sengsara, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang sengsara. Kemudian beliau melanjutkan sabdanya: Beramallah! Karena setiap orang akan dipermudah! Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang berbahagia, maka mereka akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang bahagia. Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang sengsara, maka mereka juga akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang sengsara. Kemudian beliau membacakan ayat berikut ini:

Adapun orang yang memberikan hartanya di jalan Allah dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya jalan yang sukar

11:27 PG

Harga sebuah Ramadhan


Ku meniti hari demi hari
setiap detik setiap saat
menghitung sebuah perhitungan
menanti sebuah penantian

kehadiran yang pasti datang
membawa sejuta keriangan
mengendong sejuta keinsafan
Hadirmu tidak pernahku kesali
pergimu seringkali kutangisi

Tika kau hadir
menjengahku di pintu kealpaan
sedang aku tersungkur sendu
kau memimpinku melangkah keluar
kembali mencari redha ilahi

Tika kau datang
mengingatkan ku pada pencipta
lantas ku dilamun asyik
menari dipentas keinsafan
meniti dijambatan taubat
berpanjangan

Kini hati ini
kembali bersinar dengan iman
kembali berseri dengan amal
riang menuju taqwa ilahi

Kini kaki ini
melangkah menuju kebaikan
mengundur dari kemaksiatan
bermuhasabah pada setiap amalan

Wahai Ramadhan yang kurindui
tempatku sucikan hati
seringku bermuhajadah diri
merangkak kearah ganjaran syurgawi

Hari-harimu dilimpahi pahala berganda
siangmu kurebuti puasa dan
zikir bersihkan diri
Malammu kupenuhi sujud dan
tafakur sucikan hati
inilah..harga sebuah ramadhan

tintalughahwi
ramadhan 1/1428

2:34 PG

Menanti kepulanganmu...


Kepulangan anak

Setiap ibubapa yang menghantar anak-anak mereka belajar jauh di perantauan,pastinya kerinduaan menanti kepulangan mereka di saat-saat bahagia khususnya hari raya.Kerinduan ingin menatap wajah-wajah mereka yang semakin matang,suara yang semakin lantang dan tubuh yang semakin gantang dalam menimba ilmu milik ilahi itu.Tidak pernah diharapkan kepulangan mereka dengan sejumlah besar cenderahati yang berbondong-bondong tapi cukup sekadar ilmu yang tersemat kemas di dada.Ilmu yang akan membimbing masyarakat kearah kemajuan dunia dan akhirat pastinya."Pulanglah wahai anakku" keluhan hati seorang ibu siapa yang tahu.walaupun tidak pernah diluahkan tapi rindu yang mencengkam pasti dapat diterjemahkan melalui air muka mereka yang sayu.

Kepulangan suami

Isteri solehah pastinya menanti suami yang tercinta pulangnya dari tempat kerja.Layanan yang mesra membuatkan suami hilang segala keletihan disaat mereka penat mengerah tulang empat kerat bagi menyara kehidupan.Penantian itu sungguh bermakna ditambah dengan kerinduaan yang membungkam jika suaminya dihantar keluar bekerja ke luar negara.sang isteri pasrah segalanya suami dihantar jauh beribu batu meninggalkannya kesepiaan bersama anak-anak."Jauh dimata dekat dihati" ungkapan yang sering kedengaran bagi insan-insan yang kerinduaan.Kepulangan suami tercinta pastinya menjadi episod penantiaan yang terindah dalam kehidupan mereka.


Kepulangan wira

"Wira untuk semua".tentera adalah wira,polis juga wira,bomba juga adalah wira dan semua orang yang berjasa pada negara adalah wira.Wira Negara gelaran yang tertinggi bagi seseorang yang berkhidmat-setia pada negara.Kepulangan mereka amat dinanti bagi menghargai jasa mereka mengharumkan nama negara serta mempertahankan negara dari serangan musuh.Penat lelah mereka tidak dapat dibayar dengan pingat.Malahan pangkat sekalipun hanya sekadar untuk menyenangkan hati mereka.Wira tetap wira.

Kepulangan hamba

Sebagai hamba seringkali kita melakukan kesilapan.Maka seharusnya kita memohon keampunan dariNYA.Kembalilah kepada tuhan yang Esa.Sesungguhnya Dia maha pengampun terhadap hamba-hambaNya.Hanya taubat nasuha diterima bagi mereka yang tidak lagi ingin mengulangi kesilapan lalu,menyesali segala perbuatan dahulu akibat ikutkan hawa nafsu.Ketahuilah bahawa pintu taubat sentiasa dibuka untuk hamba-hamba yang ingin pulang kepadaNya selagimana nyawa belum sampai dikerongkong.Kepulangan hamba itu sentiasa dinantikan tuhan.Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyanyang.

Kepulangan jasad

"Kubur kata mari, rumah kata pergi" setiapkali mendengar ungkapan ini bergetar seluruh tubuh ketakutan.Jasad manusia itu berasal tanah dan seharusnya kembali kepada tanah semula.Jika kita sentiasa memikirkan asal-usul kejadian kita yang berasal dari air mani yang kotor,akan tiada lahir sifat sombong dan cinta dunia.Sentiasalah kita menginsafi dan bermuhasabah diri terhadap amalan yang akan dipertontonkan dihadapan Allah.Apakah sudah sempurna atau sekadar cukup?!.Ingatlah wahai manusia semua akan kembali kepada Allah.Ingatlah wahai manusia hidup matimu ditangan Allah.

p/s : aku ingin pulang....sbg anak, suami, wira, hamba dan jasad yang baik. (^-^)

6:22 PG

Camar Kelukaan...

Di suatu ketika
Pernah kau hinggap ke sisiku
Sayapmu terluka
Kau pinta ku merawatinya

Dengan segala keterbatasan
Aku mencari segala penawarnya
Kau bagai dilahirakn kembali ke dunia nyata
Kau terbang semula

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Demi kejayaan
Ada harga perlu dibayar
Ku menjadi perisaimu
Bila panah menghujani kita

Apabila engkau merasa tercabar
Kau anggap aku menjadi sainganmu
Tidakkah engkau menyedari persamaan kita
Hanya camar maya

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa (kau bawa daku pergi)ku
Pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Semua ini satu ketentuan...

5:48 PG

7 Petanda Kebahagiaan Dunia



Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3. Al auladul abrar, iaitu anak yang soleh
4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5. Al malul halal, atau harta yang halal
6. Tafaquh fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7. Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

5:24 PG

Menuju Hati yang bersih..

Bismilah & Salam..
Alhamdulilah..syukur kehadratNya kerana diberi kesempatan untuk menulis lagi.Seperti minggu lepas telah saya bawakan tajuk " Kemanisan Iman",kali ini suka saya untuk membincangkan bagaimana menuju hati yang bersih.Kerana apabila hati telah bersih baru terasa manisnya iman.Ulama'-ulama' telah mengariskan beberapa perkara untuk mencapai kebersihan hati antaranya amalan ibadah.Imam Ibnu Al Qayyim mengklasifikasikan ibadah dalam 3 (tiga) bahagian, yaitu :

1. Amalan Hati, seperti : Tawakkal kepada Allah SWT., mahabatullah, tawadhu`, khusyû`, niat ikhlash, raja` dan lain sebagainya.

2. Amalan Lisan, seperti : Mengucapkan dua kalimat syahadatain, tasbîh, istighfar, bersumpah atas nama Allah SWT. , berdo`a dan lain sebagainya.

3. Amalan Anggota Badan, seperti : Shalat, puasa, jihad, menuntut ilmu, berdagang, berladang, dan lain sebagainya.

1. Amalan hati merupakan penentu sah atau tidaknya suatu amalan

Sesungguhnya amalan lahiriyah yang dilakukan oleh lisan dan anggota tubuh lainnya tidak akan diterima oleh Allah SWT., selama tidak disertai dengan amalan hati (niat) yang merupakan dasar bagi diterimanya suatu amal lahiriah. Sabda Rasûlullah SAW:

"Sesungguhnya seluruh amalan harus disertai dengan niat." (Muttafaqun `Alaihi dari Umar bin al-Khaththab ra.)

Karena itu suatu amal atau pekerjaan atau aktifitas (apapun bentuknya) sangat bergantung dan terkait dengan niatnya. Suatu amal tanpa disertai dengan suatu niat yang benar, seperti halnya badan tanpa ruh atau seperti pohon tanpa buah, tidak berfungsi, dan tidak menguntungkan sedikitpun.

Hatilah yang dinilai oleh Allah SWT, karena bila bersih niatnya, maka Allah SWT. akan menerima amalannya dan apabila kotor hatinya (niatnya tidak benar atau berbau syirik atau tidak ikhlash), maka dengan sendirinya amal tersebut akan ditolak, sabda Rasûlullah SAW:

"Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada bentuk tubuh dan rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu sambil Beliau mengarahkan jari-jariNya ke dadanya" (H.R. Muslim dari Abû Hurairah ra ).

2. Hati merupakan cerminan hakikat pemiliknya

Dalam shahîh Bukhari dan Muslim disebutkan bahwa Nabî SAW bersabda:

"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila dia rusak, maka rusaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal darah itu ialah hati." (Muttafaqun `Alaihi, dari Nu`man bin Basyîr).

Untuk lebih memperjelas pemahaman hadîts di atas marilah kita mengingat kembali firman Allah SWT yang termuat dalam surat Asy-Syams, ayat 8 - 10 :

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, (QS. 91:8) sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (QS. 91:9) dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (QS. 91:10)."

Dalam hati manusia terdapat dua jenis "bibit penentu", yang satu kita sebut saja sebagai "bibit kebaikan" yang merangsang dan mendorong manusia untuk melakukan amal kebaikan atau perbuatan yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT., sedang yang lainnya kita sebut dengan "bibit kejahatan" yang merangsang manusia untuk melakukan melakukan perbuatan fahsya (keji) atau kemungkaran kepada Allah SWT.

Al-Fujûr merupakan "benih kejahatan" yang dengan istilah lainnya dikenal sebagai nafsu syahwat syaithaniyah yang senantiasa membisiki dan menghembusi manusia untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan tercela lagi berdosa yang akan mengantarkannya ke jalan kefasikan dan berhilir di neraka. Sedang at-Taqwa merupakan "benih kebaikan" yang senantiasa memotifasi dan memobilisasi manusia untuk melakukan amal kebajikan dan pekerjaan yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

Dari sini kita dapat mengetahui bahwa pada hati manusia terdapat 2 (dua) kekuatan yaitu kekuatan "Fujur" dan "Taqwa" (sebagaimana yang dipaparkan dalam surat Asy-Syams di atas) yang selalu bertempur untuk saling mengalahkan satu dengan yang lainnya sehingga salah satu dari keduanya menjadi pemenang atau lebih mempunyai pengaruh dalam menentukan perilaku kehidupan "tuannya". Apabila setiap rangsangan "benih kebaikan (At-Taqwa)" ini yang timbul dalam diri manusia selalu direspon dalam bentuk amal shalih secara benar dan kontinue (berkesinambungan) maka dengan sendirinya "benih kebaikan" akan semakin berkembang dan akan mendominasi atau mengusai hati "tuannya". Sehingga ide, pola fikir, keperibadian dan seluruh anggota tubuhnya akan menjadi baik karena mengikuti instruksi-instruksi yang datang dari hati yang dipenuhi dengan "benih kebaikan". Maka jadilah "tuannya" ini termasuk orang-orang beruntung yang mampu membersihkan jiwanya dari nafsu syahwat syaithaniyah karena ia hanya mau merespon bisikan dan panggilan kebaikan (taqwa) saja. Sebagaimana firman Allah SWT:

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (QS. 91:9)

Dan sebaliknya bagi manusia yang lebih sering merespon tuntutan nafsu syahwat syaithaniyahnya maka tindakan tercela lagi berdosa itu dengan otomatis memberikan kontribusi dan mempercepat pertumbuhan serta peluasan "benih-benih kejahatan (fujûr)" sehingga benih ini akan mendominasi hatinya. Dari Abû Hurairah ra bahwa Rasûlullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya orang mukmin, ketika ia berbuat dosa maka (saat itu juga) akan menempel titik hitam di hatinya, jika ia bertaubat dan mencabut (dirinya dari perbuatan dosa tersebut) dan memohon ampunan maka hatinya (kembali) bersih, jika ia menambahinya (dengan perbuatan dosa lagi) maka titik hitam itu bertambah pula di dalam hatinya. Selanjutnya itulah "ran" yang disebutkan dalam firman Allah SWT:

"(Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka)."

Hadits hasan, dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam "Kitab Az-Zuhd, bab Dzikru Adz-Dzunûb.

Pada saat hati manusia dikuasai oleh "benih-benih kejahatan (fujûr)" maka ide, pola fikir, keperibadian dan seluruh anggota tubuhnya akan menjadi buruk karena mengikuti instruksi-instruksi yang datang dari hati yang dipenuhi dengan "benih kejahatan", sehingga jadilah ia termasuk orang-orang yang merugi karena ia telah mengotori dan mencemari jiwanya dengan selalu menuruti nafsu syahwat syaitani, sebagaimana firman Allah SWT:

"Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (QS. 91:10)."

Waallahualam..banyakan berzikir hati akan jadi bersih..insyALLAH.