12:52 PTG

Siapakah Anda??

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil pusing akan waktu
shalatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata, "Ya Rabbi Aku ridha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
Tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
senantiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal
amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan kemana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi menghimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni surga kelak
karena telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.

2:11 PTG

5/6 - aKu yG sEmaKiN mUdA...

J

un ini...merakamkan satu lagi peristiwa bersejarah dalam hidupku ini...tak lain tak bukan bertambah lagi umurku yg sedia dh byk ni..huhuhu.

5/6 - Sejarah berulang kembali..tarikh keramat itu sentiasa berlegar-legar dalam hidup ini..sentiasa menghantui diri ini.Dan tarikh ini membuatkan aku merasa semakin muda..ke arah kematian..semakin hampir menuju kepadaNya..


Semalam aku merasa saat paling bahagia..kerana ramai sahabat2 dan rakan2 wish my birthday ni..terasa sungguh terharu..terasa dihargai..thanks..syukran..jazakumullah kawan2..

Seolah-olah mendapat semangat yang baru untuk meneruskan perjuangan hidup ini yang masih panjang..tiada perhentian.Tekad dan semangat baru untuk terus mendalami ilmu milik Yang Esa ini..demi diri ini dan masyarakat yang amat memerlukannya saat ini.


Masih lagi dalam fatrah imtihan..yang berbaki kira-kira 3 madah lagi...terasa begitu berat kerana banyak yg perlu di hafal dan difahami..Dan terasa begitu banyak lagi ilmu yang masih tersimpan..tak diketahui.Itulah Ilmu Allah yang selaus lautan di dunia ini..berbanding ilmu yang kita tahu hanya setitik sahaja..

Selagi ada masa..teruskan usaha untuk belajar lagi dan lagi..sehinggalah kita xmampu yakni..sudah ditanam bersama tanah.Ada pepatah " Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke lahad" kata-kata yang sungguh mendalam maknanya..mengalakkan kita supaya sentiasa mengejar dan mengisi masa-masa kita dengan menuntut ilmu.Apabila kita sudah berilmu..hendaklah sampaikan pada yang tidak mengetahuinya..janganlah kita sombong dan bongkak dengan ilmu yang kita ada.Semoga kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan nikmatNya yang melimpah ruah ini..aminn..wallahualam..