2:11 PTG

5/6 - aKu yG sEmaKiN mUdA...

J

un ini...merakamkan satu lagi peristiwa bersejarah dalam hidupku ini...tak lain tak bukan bertambah lagi umurku yg sedia dh byk ni..huhuhu.

5/6 - Sejarah berulang kembali..tarikh keramat itu sentiasa berlegar-legar dalam hidup ini..sentiasa menghantui diri ini.Dan tarikh ini membuatkan aku merasa semakin muda..ke arah kematian..semakin hampir menuju kepadaNya..


Semalam aku merasa saat paling bahagia..kerana ramai sahabat2 dan rakan2 wish my birthday ni..terasa sungguh terharu..terasa dihargai..thanks..syukran..jazakumullah kawan2..

Seolah-olah mendapat semangat yang baru untuk meneruskan perjuangan hidup ini yang masih panjang..tiada perhentian.Tekad dan semangat baru untuk terus mendalami ilmu milik Yang Esa ini..demi diri ini dan masyarakat yang amat memerlukannya saat ini.


Masih lagi dalam fatrah imtihan..yang berbaki kira-kira 3 madah lagi...terasa begitu berat kerana banyak yg perlu di hafal dan difahami..Dan terasa begitu banyak lagi ilmu yang masih tersimpan..tak diketahui.Itulah Ilmu Allah yang selaus lautan di dunia ini..berbanding ilmu yang kita tahu hanya setitik sahaja..

Selagi ada masa..teruskan usaha untuk belajar lagi dan lagi..sehinggalah kita xmampu yakni..sudah ditanam bersama tanah.Ada pepatah " Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke lahad" kata-kata yang sungguh mendalam maknanya..mengalakkan kita supaya sentiasa mengejar dan mengisi masa-masa kita dengan menuntut ilmu.Apabila kita sudah berilmu..hendaklah sampaikan pada yang tidak mengetahuinya..janganlah kita sombong dan bongkak dengan ilmu yang kita ada.Semoga kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan nikmatNya yang melimpah ruah ini..aminn..wallahualam..

0 ulasan: