3:40 PTG

Warkah berlagu pilu..


Tuan Guru,

Warkah yang Tuan Guru nukilkan tempoh hari benar-benar menyentuh akal dan sanubari saya. Tazkirah yang diberikan, insya-Allah akan menjadi azimat, bekalan buat saya menempuhi jalan-jalan sukar penuh halangan demi menegakkan keadilan di muka bumi Malaysia ini.

Saya bertawakkal dan berserah diri pada hari saya terjun ke lapangan perjuangan rakyat melalui wadah Parti Keadilan Rakyat. Tidak pernah saya mengimpikan jalan yang mudah dan segera untuk mencapai kemenangan rakyat. Kerana itu saya berserah diri kepada Allah dalam menentukan masa depan saya di dalam perjuangan ini; sebagaimana yang diajarkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad salallahualaihiwassalam di dalam Al-Quran.

"..Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah Rabb yang mempunyai Arasy yang besar." - At-Taubah: 129.

Benar, pengalaman di Ijok adalah perit. Namun saya insaf, sebagai hamba Allah, tugas kita hanya merancang dan berusaha. Sungguh, kita mahu mencapai kemenangan. Kerana kita yakin dengan kemenangan itu, insyaALlah kita akan dapat memberi sumbangan kepada mencegah kemungkaran dan kezaliman yang berleluasa. Tetapi saya sedar bahawa kemenangan itu ditangguhkan Allah kerana ada hikmahnya.

Saya hanya mampu berdoa agar terus diberikan kekuatan dan keteguhan hati untuk terus memikul amanah perjuangan. Perjuangan ini harus diteruskan meski mengambil masa bertahun-tahun atau puluhan atau ratusan tahun sekalipun. Kita pada hari ini adalah pejuang-pejuang seperti Tuan Guru yang sekadar merupakan mata rantai yang menyambung beban perjuangan yang panjang daripada para Rasul, Anbiya', Tabiin, Mujahid dan para pejuang terdahulu untuk menyampaikannya kepada generasi mendatang.

Saya pohon doa Tuan Guru agar saya sentiasa beriltizam dan memegang erat janji perjuangan ini. Segala kerja buat Tuan Guru selama ini adalah contoh ikutan kepada saya yang baru dalam menghadapi tentangan dan tekanan UMNO-Barisan Nasional.

Segala fitnah, tohmahan, putar belit media yang saya, ahli keluarga dan seluruh pemimpin-pemimpin Barisan Rakyat hadapi bukanlah sesuatu yang tidak diduga. Mereka terdesak, justeru mereka sanggup lakukan apa sahaja. Caci maki, tipu helah dan fitnah adalah mainan mereka semata-mata.

Menelah sirah anbiya', saya sedar secara perbandingan betapa ringan cubaan yang ditimpakan ke atas saya itu. Para Nabi, khususnya Junjungan Besar kita Muhammad sallahualaihiwassalam, bukan sekadar menghadapi serangan lisan dan cuba dipukul malah berhadapan dengan ancaman terhadap nyawa mereka sendiri.

Kerana saya ini seorang hamba yang kerdil, kerana saya ini seorang insan yang sudah tentu tidak hampir sekalipun dengan kehebatan para Nabi, maka saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi atas cubaan dan cabaran ringan yang saya hadapi itu.

Tuan Guru,

UMNO dan BN, khususnya di Selangor, tidak mahu sesiapa juga yang mempunyai kemampuan, tambahan pula di dalam bidang kewangan dan ekonomi, mendapat tempat di Dewan Undangan Negeri. Mereka bimbang kalau-kalau wakil rakyat yang cekap dan berkemampuan akan menonjolkan lagi kelemahan mereka. Mereka hidup di bawah bayang-bayang kejahatan diri mereka yang menyalahgunakan kekayaan rakyat untuk kepentingan peribadi. Kerana itu mereka risau segala-galanya didedahkan.

Pada mereka biar Dewan Undangan Negeri, biar Dewan Rakyat dan Dewan Negara dipenuhi oleh ahli-ahli yang korup seperti mereka juga atau sekurang-kurangnya tukang angguk dan pak turut yang akan mengatakan "Ya!" kepada segala kemahuan mereka.

Kerana itu saya yakin kita perlu terus berjuang. Ulama besar, Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Harakah Islamiyyah Satu Tuntutan telah menyatakan bahawa hanya dua cara untuk iman memerintah negara. Pertama, masuknya iman ke dalam hati pemerintah; kedua berpindahnya kekuasaan ke tangan orang-orang beriman.

Seperti yang pernah dikatakan oleh Tuan Guru, sekiranya orang-orang UMNO itu bersedia untuk berubah, bersedia menegakkan Islam maka tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan mereka.

Namun Syeikh Yusuf al-Qaradhawi sendiri mengakui bahawa untuk berubahnya pemimpin yang korup dan zalim menjadi beriman adalah sesuatu yang sukar, meski tidak mustahil. Kerana itu kita perlu terus berjuang bagi memastikan negara ini bebas daripada penjajahan minda mereka.

Kita tidak membenci diri mereka; yang kita tentang ialah sikap zalim mereka. Itu yang menyebabkan kita tidak boleh redha atau berdiam diri dengan perbuatan mereka.

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim; maka (jika kamu berlaku demikian) api Neraka akan membakar kamu; sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." - Hud: 113

Maka saya katakan, meski mereka menyerang saya sehingga membuat penipuan dan fitnah terhadap hal-hal peribadi saya, menafikan sejarah dan sumbangan saya kepada rakyat dan negara ini; apabila sahaja mereka bersedia mengenepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan kepentingan rakyat, apabila mereka menghentikan sikap berleluasa mereka dan memegang kepada nilai, menghentikan kezaliman dan menegakkan keadilan; maka saya kira pada saat itu perjuangan kita tidak lagi perlu.

Tetapi selagi mereka bertegas menzalimi rakyat, mengamalkan rasuah maka saya sedar adalah menjadi kewajipan kepada semua kita untuk terus-terusan berjuang dan berkorban demi memastikan negara Malaysia ini dan seluruh negeri-negerinya diperintah berasaskan nilai dan bukannya kepentingan peribadi dan nafsu.

Tuan Guru,

Saya doakan agar negeri Kelantan di bawah kepemimpinan Tuan Guru terus makmur dan aman sentosa, dilimpahkan rahmat dan nikmat. Saya doakan juga agar PAS akan terus bersama-sama mantap dan kukuh di dalam menghadapi cabaran, tekanan dan sekatan.

Saya pohon daripada Tuan Guru doa restu agar bersama-sama kita akan dapat mengatasi segala cabaran di dalam perjuangan ini. Dengan kerjasama erat di antara kedua-dua parti kita – keADILan dan PAS bersama parti-parti lain, gerakan masyarakat dan setiap rakyat yang cintakan keadilan dan membenci kezaliman, InsyaALlah kita akan mencapai kemenangan sebagaimana Rasulullah dan Islam pernah mencapai kemenangan.

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat." - An-Nasr: 1-3.

Meski kita pada hari ini dilihat lemah kerana UMNO dan BN itu menguasai dan memperalatkan segala jentera, kekuatan dan kakitangan kerajaan untuk kepentingan mereka, isyarat-isyarat kemenangan sudah jelas kelihatan. Ijok misalnya membuktikan betapa kerjasama erat di antara semua parti-parti yang menentang hegemoni BN diterima baik oleh rakyat.

Justeru kita perlu perkukuhkan kerjasama dan mantapkan persefahaman dengan mengenepikan kepentingan-kepentingan sendiri dan mengutamakan kepentingan bersama. InsyaALlah dengan itu, meski kita sedikit berhadapan dengan segala jentera kerajaan, polis, tentera dan semuanya; kita mampu mencapai kemenangan.

"..Berkata pula orang-orang (daripada kalangan tentera Talut) yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar." - Al-Baqarah: 249

Biarlah kita menjadi sebahagian daripada orang-orang yang yakin ini dan membuat persiapan segala terdaya kita bagi menghadapi UMNO dan BN khususnya di dalam Pilihanraya Umum Kedua Belas yang akan datang sebagai satu pasukan.

Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat.

2:33 PTG

Gugurnya kelopak itu...


Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

khas buat ibu tersayang..al-fatihah

2:00 PG

Indah Hidup bersamamu...

"Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya.. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu.. Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu.. Bila kau telah mencuba segalanya tetap msh tidak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tidak terduga.. Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. Hidup ini indah jika brsama ALLAH"

1:56 PG

Menyambut Kelahiran Si kecil


Anak adalah merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ini kerana di samping menceriakan suasana rumahtangga, anak merupakan zuriat penyambung keturunan bagi sesebuah keluarga.

Biasanya, seorang isteri akan mula menunjukkan tanda-tanda sedang mengandung apabila berasa loya dan sering muntah-muntah. Pada waktu begini, isteri biasanya lebih gemarkan makanan yang masam untuk mengurangkan rasa mual seperti memakan mangga muda, mempelam mahupun asam atau jeruk. Bagi masyarakat Melayu, sebaik sahaja berita gembira tersebut diketahui, si isteri akan dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh suami dan ahli keluarganya yang lain, tambahan pula jika anak yang dikandung adalah anak sulung atau dipanggil bunting sulung. Pada waktu begini, si isteri biasanya akan mengalami perasaan pelik-pelik seperti mengidam. Mengidam ialah keadaan di mana seseorang terlalu berkeinginan untuk melakukan sesuatu atau makan sesuatu yang biasanya tidak pernah diminta sebelum ini. Permintaan isteri tersebut adalah perlu ditunaikan oleh suami walau apa jua rintangan dan halangan yang harus ditempuhi. Ini kerana dalam adat dan kepercayaan Melayu, sesuatu yang buruk akan menimpa ibu dan anaknya jika apa yang diidamkan tidak dapat dipenuhi.

Selain itu, kedua-dua suami isteri haruslah menjaga adab dan kelakuan mereka sepanjang tempoh isterinya mengandung. Ini adalah kerana dalam kepercayaan Melayu, wujud keadaan mengenan atau kecacatan kepada sifat fizikal bayi sekiranya salah seorang dari ibu bapanya melakukan penganiayaan terhadap haiwan atau sebagainya. Fenomena sumbing dikatakan salah satu contoh keadaan yang akan menimpa bayi sekiranya si suami pergi memancing ikan ketika isterinya sedang mengandung. Mulut bayi akan kelihatan seperti tertarik ke atas seolah-olah mulut ikan yang telah tersangkut pada pancing. Keadaan-keadaan lain yang turut dapat dijadikan contoh adalah seperti kulit yang bersisik seperti ular ataupun keadaan rupa paras yang seakan-akan rupa monyet.

Bukan itu sahaja, pasangan yang bakal menimang cahayamata juga dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan bacaan surah-surah yang terpilih dari Al-Quran, misalnya Surah Yusof dan Surah Muhammad. Surah Yusof diamalkan untuk memperolehi anak yang elok rupa parasnya dan Surah Muhammad diamalkan dengan harapan anak yang bakal lahir akan cerdik dan pandai serta mempunyai sifat terpuji.

Mengikut adat dan kepercayaan Melayu, barang-barang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi seperti peralatan bayi, buaian, mandian dan pakaiannya tidak boleh disediakan selagi kandungan ibu belum mencukupi lima bulan. Ini kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan menimpa bayi tersebut, seperti keguguran ataupun mengikut kepercayaan akan dicuri Orang Bunian.

Selain itu, perlakuan si ibu sepanjang tempoh mengandung akan turut mempengaruhi bayi apabila lahir kelak. Maka, orang tua-tua berpendapat bahawa ketika mengandung, si ibu perlulah sentiasa bermanis muka dan ringan tangan supaya anak yang bakal dilahirkan akan bersifat sedemikian setelah lahir.

Setelah genap sembilan bulan, kelahiran bayi akan disambut dalam suasana yang penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seisi keluarga. Selepas dibersihkan oleh bidan, sekiranya bayi tersebut lelaki, si bapa atau datuknya akan mengazankan di telinga kanannya, manakala bagi anak perempuan akan diiqamatkan di telinga kirinya. Ini adalah ritual yang pertama sekali dilakukan ketika menyambut kehadiran satu lagi insan di dalam dunia ini yang dilahirkan dalam adat Melayu. Kemudian, tali pusat akan dipotong bagi memisahkannya dari alam yang gelap di perut ibu ke alam baru yang menantinya. Menurut sesetengah kepercayaan, bayi dikatakan menangis ketika dilahirkan kerana terkejut melihat keadaan alam yang penuh dosa. Ada pula yang mengatakan bayi tersebut ditakut-takutkan oleh hantu syaitan, dan tidak kurang juga ada yang mengatakan bayi tersebut menangis kerana takut dengan beban yang bakal dipikulnya dalam kehidupan kelak.

Setelah selesai dimandikan, si bapa akan berperanan menanam uri bayi seperti upacara pengkebumian jenazah. Ini kerana uri dianggap sebagai saudara kembar dan teman bayi sewaktu di dalam perut ibu. Ia perlu ditanam dengan sempurna supaya tidak datang mengganggu bayi. Di antara pantang larang menanam uri ialah uri tidak boleh ditanam di luar rumah kerana dipercayai anak tersebut apabila dewasa akan sukar dikawal perlakuannya. Ini juga bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan oleh pihak tertentu yang ingin menjalankan upacara perbomohan atau pemujaan.

Kesemua adat dan upacara menerima kehadiran orang baru ini termasuk dalam salah satu jenis ritual iaitu dinamakan Rites of Initiation.

1:01 PTG

Izinkan tinta ini menitis kembali..


Bismilah & Salam..
Alhamdulilah ucapan kesyukuran kehadrat ilahi kupanjatkan atas segala kurniaanNYa yang tidak ternilai harganya menabur segala nikmat-nikmatNYA untuk hambaNYA yang kerdil lagi hina ini.Selawat dan salam buat Nabi junjungan yang mulia lagi dikasihi.Keluarga dan sahabat yang selalu dalam ingatan.

"Kalam kebenaran tiada berdusta" saya mulai kembali langkah ini bagi menyumbang sedikit idea@ilmu yang ada untuk sahabat-sahabat setelah sekian lama menyepi-sesepi malam bulan purnama.Pernah dahulu saya hadir dengan"Bisikan nurani pena"tatkala diri ini ghairah untuk menulis, seketika kemudian menyepi atas beberapa perkara yang tidak dapat saya elakkan.Kemaafan saya pohon kepada sahabat-sahabat kerana itu.

Tulisan yang berfaedah itu memberi impak positif terhadap dunia penulisan selain tanggapan pembaca terhadap diri si penulis itu.Adalah perlu bagi si penulis memerhatikan setiap baris penulisan mereka agar tiada cacat-cela yang akan memberi kesan negatif kepada si pembaca khususnya.Dan rasa bertanggungjawab itu perlu hadir dalam diri setiap penulis terhadap apa-apa yang dicoretkan.

Disaat idea itu hadir perlulah kita manfaatkan ia sepenuhnya untuk dikongsikan bersama.Jangan sesekali kita mempersia kedatangannya walaupun hanya sebaris kata.Manakan kita tahu idea itu diperlukan oleh sebilangan besar pembaca.Mungkin makcik pembersih tandas pun memerlukannya apatah lagi mahasiswa/siswi universiti yang dalam ketandusan idea untuk menyiapkan tesis mereka.

Idea dan ilham itu tidak selalu hadir kerana ia milik tuhan yang maha Esa.Tatkala ia datang dan berlalu pergi adalah atas kehendakNya jua.Pohonlah dengan penuh keimanan agar apa yang kita titipkan itu tidak memberi keburukan dan kesan negatif kepada si pembaca.Wallahualam

12:49 PTG

Redhamu..

"Bila ALLAH cpt makbulkan doamu,maka DIA menyanyangimu,bila DIA lambat memakbulkan doamu,maka DIA ingin mengujimu,bila DIA tidak makbulkan doamu,maka DIA merancang sesuatu yg terbaik buat dirimu,oleh itu sentiasalah kita bersangka baik kepadaNYA dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNYA.
.

4:28 PTG

Satu kata penghidup bicara


Seusai tamat muhadarah, lantas aku keluar dari dewan kuliah menuju kedai mama jual buku bersebelahan masjid Al-Azhar itu.Terik sungguh cuaca hari ini. Panas. Sedang aku membelek-belek majalah Al-Arabi, tiba-tiba bahuku di sapa seseorang dari belakang. Aku menoleh dan melihat, oh..radhi dan ibrahim rupanya, kawan mesir sekuliahku. Salam di beri dan tangan dihulur. Aku menyambutnya dengan baik. Selesai membayar duit majalah pada mama itu, mereka mengajak aku makan to'miah bersama. Tiada alasan untuk aku menolak pelawaan mereka kerana perut aku sendiri berkeroncong. Kami bertiga berjalan menuju ke kedai to'miah berdekatan.
Tempahan di hidang lalu di makan, sambil berbual. Perbualan kami sekitar pelajaran dan kehidupan di mesir ini. Ibrahim seorang yang suka berjenaka, menyebabkan kami tidak henti-henti ketawa. Katanya kedai ini pernah dikunjungi Abu Sufiyan dan lagi Abu Jahal serta Abu Lahab pernah bekerja di kedai ini. "Mentang-mentanglah baru belajar sejarah islam tadi.." bisikku dalam hati. Banyak lagi imiginasi yang dikhayalkan. Radhi mengeleng-geleng kepala,melihat kawannya yang seorang ini jauh berimiginasi. Rambutnya yang sedikit panjang di depan jatuh di atas dahi. Aku melihat jam di tangan menunjukkan angka 1.37 minit petang. Aku teringat janjiku dengan azmi untuk ke biliknya di Arma. To'miah di tangan aku habiskan lalu meminta diri untuk pulang dahulu. Selesai membayar, kami keluar dan berpisah di pertengahan jalan menuju destinasi masing-masing.

3:24 PTG

Semerbak kasturi sejati..


Seorang gadis itu ..
Yang lembut fitrah tercipta,
Halus kulit,
Manis tuturnya,
Lentur hati,
Telus wajahnya,
Setelus rasa membisik di jiwa,

Di matanya cahaya,
Dalamnya ada air,
Sehangat cinta,
Sejernih suka,
Sedalam duka,
Ceritera hidupnya..

Seorang gadis itu..
Hatinya penuh manja,
Penuh cinta,
Sayang semuanya,
Cinta untuk diberi,
Cinta untuk dirasa..

Namun manjanya bukan untuk semua,
Bukan lemah,
Atau kelemahan dunia..
Ia bisa kuat,
Bisa jadi tabah,
Bisa ampuh menyokong,
Pahlawan-pahlawan dunia..
Begitu unik tercipta,
Lembutnya bukan lemah,
Tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah.

Seorang gadis itu ...
Teman yang setia, Buat Adam dialah Hawa,
Tetap di sini..
Dari indahnya jannah,
Hatta ke medan dunia,
Hingga kembali mengecap nikmatNya..

Seorang gadis itu..
Bisa seteguh Khadijah,
Yang suci hatinya,
Tabah & tenang sikapnya,
Teman ar-Rasul,
Pengubat duka & laranya..

Bijaksana ia,
Menyimpan limu,
Si teman bicara,
Dialah Aisyah,
Penyeri taman Rasulullah,
Dialah Hafsah,
Penyimpan mashaf pertama kalamullah..

Seorang gadis itu..
Bisa setabah Maryam,
Meski dicaci meski dikeji,Itu hanya cerca manusia,
Namun sucinya ALLAH memuji..

Seperti Fatimah kudusnya,
Meniti hidup seadanya,
Puteri Rasulullah,
Kesayangan ayahanda,
Suaminya si panglima agama,
Di belakangnya dialah pelita, Cahaya penerang segenap rumahnya,
Ummi tersayang cucunda Baginda..
Bisa dia segagah Nailah,
Dengan dua tangan,
Tegar melindung khalifah,
Meski akhirnya bermandi darah,
Meski akhirnya khalifah rebah,
Syaheed menyahut panggilan ALLAH..