9:33 PG

Muhasabah Diri..


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (al-Bukhari dan Muslim)

Firman Allah: (Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari minta-minta

Renungan sejenak:"Bagi org2 yg berbuat baik,ada pahala yg terbaik(syurga) dan tambahannya.Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak pula kehinaan.Mereka itulah penghuni syurga,mereka kekal didalamnya."-Surah Yunus:26

Bergunung mana pun harta bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa" "Segagah mana pun diri bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan" "Secantik mana pun rupa nan ayu bukanlah namanya ratu jika buruk tingkahlaku" "Setinggi mana pun darjatnya bukanlah mulia jika tiada iman didada" "Melangit mana pun ilmu bukanlah namanya bijaksana jika tidak diamal dan digunakan" "Sealim mana pun warak bukanlah namanya ulama' jika takbur dan riak" "Sebesar mana pun ujian bukanlah namanya beban jika hati sentiasa pada yang Esa"

Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah,bertenang dalam menanggung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal,rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja,namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum,perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal,pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut,siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai,malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan,Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."

Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat.) -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim faiz matzaid: Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yang sering mengingatkn samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yang terbaik juga adalah teman yang sentiasa mentarbiahkan diri&sahabatnya kepad Allah. Wahai sahabat,ssungguhnya diri ini hanyalah insan yang lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dgn tarbiah2

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!” Riwayat Ibnu Hibban

Dari Ibnu Umar r.a katanya, Nabi SAW bersabda:”Jangan kamu beli barang yang sedang ditawar oleh saudaramu; jangan kamu pinang wanita yang sedang dipinang saudaramu, melainkan apabila telah diizinkannya.” (Muslim)

0 ulasan: