2:34 PG

Menanti kepulanganmu...


Kepulangan anak

Setiap ibubapa yang menghantar anak-anak mereka belajar jauh di perantauan,pastinya kerinduaan menanti kepulangan mereka di saat-saat bahagia khususnya hari raya.Kerinduan ingin menatap wajah-wajah mereka yang semakin matang,suara yang semakin lantang dan tubuh yang semakin gantang dalam menimba ilmu milik ilahi itu.Tidak pernah diharapkan kepulangan mereka dengan sejumlah besar cenderahati yang berbondong-bondong tapi cukup sekadar ilmu yang tersemat kemas di dada.Ilmu yang akan membimbing masyarakat kearah kemajuan dunia dan akhirat pastinya."Pulanglah wahai anakku" keluhan hati seorang ibu siapa yang tahu.walaupun tidak pernah diluahkan tapi rindu yang mencengkam pasti dapat diterjemahkan melalui air muka mereka yang sayu.

Kepulangan suami

Isteri solehah pastinya menanti suami yang tercinta pulangnya dari tempat kerja.Layanan yang mesra membuatkan suami hilang segala keletihan disaat mereka penat mengerah tulang empat kerat bagi menyara kehidupan.Penantian itu sungguh bermakna ditambah dengan kerinduaan yang membungkam jika suaminya dihantar keluar bekerja ke luar negara.sang isteri pasrah segalanya suami dihantar jauh beribu batu meninggalkannya kesepiaan bersama anak-anak."Jauh dimata dekat dihati" ungkapan yang sering kedengaran bagi insan-insan yang kerinduaan.Kepulangan suami tercinta pastinya menjadi episod penantiaan yang terindah dalam kehidupan mereka.


Kepulangan wira

"Wira untuk semua".tentera adalah wira,polis juga wira,bomba juga adalah wira dan semua orang yang berjasa pada negara adalah wira.Wira Negara gelaran yang tertinggi bagi seseorang yang berkhidmat-setia pada negara.Kepulangan mereka amat dinanti bagi menghargai jasa mereka mengharumkan nama negara serta mempertahankan negara dari serangan musuh.Penat lelah mereka tidak dapat dibayar dengan pingat.Malahan pangkat sekalipun hanya sekadar untuk menyenangkan hati mereka.Wira tetap wira.

Kepulangan hamba

Sebagai hamba seringkali kita melakukan kesilapan.Maka seharusnya kita memohon keampunan dariNYA.Kembalilah kepada tuhan yang Esa.Sesungguhnya Dia maha pengampun terhadap hamba-hambaNya.Hanya taubat nasuha diterima bagi mereka yang tidak lagi ingin mengulangi kesilapan lalu,menyesali segala perbuatan dahulu akibat ikutkan hawa nafsu.Ketahuilah bahawa pintu taubat sentiasa dibuka untuk hamba-hamba yang ingin pulang kepadaNya selagimana nyawa belum sampai dikerongkong.Kepulangan hamba itu sentiasa dinantikan tuhan.Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyanyang.

Kepulangan jasad

"Kubur kata mari, rumah kata pergi" setiapkali mendengar ungkapan ini bergetar seluruh tubuh ketakutan.Jasad manusia itu berasal tanah dan seharusnya kembali kepada tanah semula.Jika kita sentiasa memikirkan asal-usul kejadian kita yang berasal dari air mani yang kotor,akan tiada lahir sifat sombong dan cinta dunia.Sentiasalah kita menginsafi dan bermuhasabah diri terhadap amalan yang akan dipertontonkan dihadapan Allah.Apakah sudah sempurna atau sekadar cukup?!.Ingatlah wahai manusia semua akan kembali kepada Allah.Ingatlah wahai manusia hidup matimu ditangan Allah.

p/s : aku ingin pulang....sbg anak, suami, wira, hamba dan jasad yang baik. (^-^)

0 ulasan: