10:12 PG

Hijrah itu pengorbanan..




S

elamat menyambut awal muharam @ Maal Hijrah kepada muslimin dan muslimat..khususnya kepada pengunjung2 blog ini..semoga tahun ini memberi sejuta makna dalam kita menempuhi onak dan cabaran.Marilah kita bersama berhijrah kepada perkara yang lebih baik dan tinggalkan yang tidak bermanfaat itu.Semoga Allah merahmati penghijrahan kita ini..aminn.

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


A

pabila terdengar saja lagu ini berkumandang,teringat dahulu masa zaman kecik-kecik semasa sekolah agama petang.Apabila tibanya bulan muharam,sekolah bersiap-sedia mengadakan sambutan Maal hijrah dan semestinya ada persembahan - persembahan yang mengiringi.
Dan sudah tentu kami menjadi mangsa untuk menyanyikan lagu tersebut.Dengan berpakaian warna-warni, berdiri skema di atas pentas, mengeluarkan suara dengan sepenuh daya perut menyanyikan lagu maal hijrah dengan lantang sambil diiringi background muzik.Ibubapa dan guru-guru turut bangun menyanyi bersama.Oooo..indahnya kenangan dulu..rasa seperti mahu kembali kezaman itu semula..heehhee..

0 ulasan: