Bismilah&Salam...
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi
yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya. Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah
yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk
patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Saidina Ali.
Categories
- Adat Resam Melayu (2)
- dairy kembara (3)
- kalam taqwa (4)
- kisah pengajaran (2)
- mukadimah sughra... (1)
- pendapat (5)
- ranjau hidup ini (3)
- sajak (2)
- Titipan naluri (3)
Blog Archive
Label: Titipan naluri
Bismilah&Salam..
Untuk topik kali ini saya bawakan kepada sahabat2 bagaimana Nabi menyebarkan ajaran islam di mekah dan penentangan yang baginda terima dari masyarakat arab jahiliyah pada masa itu..
Setelah genap umur Nabi Muhammad empat puluh tahun,maka Allah telah melantik baginda menjadi seorang pesuruhnya menerusi Malaikat Jibrail.Sejak menerima wahyu dari tuhan menyuruh penduduk Mekah dengan cara sembunyi.Nabi tahu bahawa penduduk Mekah adalah masih jahil,tentu mereka akan bertindak-balas sekiranya mengetahui nabi membawa ajaran baru.
Di antara perkara-perkara yang diserukan kepada orang-orang mekah ialah mengajak mereka supaya menyembah tuhan yang esa dan meninggalkan penyembahan berhala.Nabi juga menerangkan bahawa tiap-tiap perkara baik yang dilakukan akan mendapat balasan baik dan tiap-tiap perkara jahat yang dilakukan sudah tentu mendapat balasan jahat.Orang-orang mekah juga digesa supaya meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan keburukan seperti melakukan zina,berjudi,minum arak,menyembah berhala dan lain-lain.
Walaupun Nabi sentiasa berusaha menyeru mereka ke jalan kebaikan namun mereka enggan menerima.Ini adalah disebabkan kerana kebanyakkan daripada orang-orang Quraish mekah adalah berpangkat besar,kaya-kaya dan berpengaruh pula.Jadi mereka merasa khuatir dan bimbang takut kalau-kalau pangkat dan pengaruh mereka akan jatuh sekiranya mereka menganut islam.Orang-orang arab juga terutama kaum Quraish terlampau taat kepada kaum keluarga mereka.Antara satu kaum dengan kaum lain sentiasa memandang rendah dan bermusuhan.
Mereka merasa iri hati apabila melihat kaum lain itu lebih daripada kaum mereka.Contohnya kaum yang sentiasa bermusuhan ialah kaum bani umayyah dengan bani hashim.Dengan sebab itu kaum lain daripada kaum bani hashim enggan menerima ajaran nabi daripada bani hashim.Kengganan mereka disebabkan taraf kaum,sikap memandang rendah dan tidak mahu orang lain lebih berpengaruh dari mereka.
Kebanyakan orang arab quraish terlalu fanatik dengan agama datuk nenek mereka iaitu menyembah berhala.Agama ini telah mereka anuti sejak beratus-tahun dahulu sehingga berakar umbi di jiwa mereka.Sebab itu mereka enggan menerima ajaran Nabi kerana dianggap agama baru yang akan merosakkan agama mereka.Ada setengahnya beragama yahudi dan kristian,namun ajaran-ajaran yang diterima tidak jelas malahan samar-samar.Apabila mereka tahu bahawa dalam Islam juga ada diajarkan perkara tersebut,hati mereka jadi renggang dan takut untuk menjadi seorang islam.
Sebagai satu bangsa yang masih jahil,sudah tentu mereka tidak mudah untuk menerima sesuatu yang baru,lebih-lebih lagi dalam islam ada menegah perkara-perkara maksiat yang sudah menjadi kebiasaan mereka seperti berjudi,arak,memandang rendah pada kaum wanita,berzina dan lain-lain.Mereka takut sekiranya mereka memeluk islam,perkara-perkara tersebut akan dilarang daripada melakukan .Ini satu perkara yang memang tidak sanggup untuk ditinggalkan.
Dengan sebab itulah maka tidak hairanlah mengapa mereka enggan menerima ajaran-ajaran nabi walaupun ajaran-ajaran itulah yang akan membawa mereka ke arah kebahagian dan kebaikan di dunia dan akhirat.
Label: Titipan naluri
Setiap benda hidup perlukan air kerana yang hidup itu berasal dari air.unsur airlah yang membezakan benda hidup dengan yang mati,jasad-jasad yang mengandungi air adalah jasad yang hidup manakala jasad- jasad yang tidak mengandungi air adalah jasad yang mati.
" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"
Riwayat imam Al-Baihaqi: Makhluk terawal Allah taala jadikan adalah air dan diikuti dengan angin kemudian Arasy dan Qalam.Hal ini memperlihatkan kepada kita betapa air adalah unsur yang paling utama.Oleh itu air amat perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana ia adalah unsur utama kepada setiap benda hidup.
Allah Taala memperakukan di dalam al-Quran bahawa di sediakan di bumi ini simpanan air secukupnya bagi memenuhi keperluan makhluk Allah di muka bumi.Tepulang kepada manusia sama ada menghargai atau sebaliknya.
"Dan Kami turunkan hujan dari langit Dengan sukatan Yang tertentu, serta Kami tempatkan Dia tersimpan di bumi; dan Sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."
Sejarah membuktikan betapa hebat empangan yang dibina Ratu balkis yang diberi nama “Sadul Maarib’ tiba-tiba airnya kering angkara tikus yang menebuk lubang di bahagian dasar empangan tersebut mengakibatkan musnah sama sekali tanaman dan binatang ternakan dan akhirnya manusia mati kebuluran.
Segalanya menyedarkan kita bahawa perlunya mensyukuri nikmat Allah Taala dan jangan sama sekali mengkufurinya agar nikmat yang disediakan itu terus menerus diberikan tanpa sebarang sekatan.
"Tidakkah Engkau memerhatikan, Bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi"
Apa akan terjadi apabila sumber air yang mengalir membentuk sungai tidak dikawal selia dan dipelihara dengan bijaksana malahan menjadi sebab dan punca sungai tercemar.Kita lihat hari ini manusia semakin tidak peduli dengan kebersihan dan penjagaan sungai,rakusnya mereka membuang sampah sarap dan sisa toksid tanpa ada sifat kemanusiaan.Maka apabila Allah Taala menarik semula nikmat itu,janganlah mempersalahkan takdir.Wallahualam.
Label: Titipan naluri
