1:01 PTG

Izinkan tinta ini menitis kembali..


Bismilah & Salam..
Alhamdulilah ucapan kesyukuran kehadrat ilahi kupanjatkan atas segala kurniaanNYa yang tidak ternilai harganya menabur segala nikmat-nikmatNYA untuk hambaNYA yang kerdil lagi hina ini.Selawat dan salam buat Nabi junjungan yang mulia lagi dikasihi.Keluarga dan sahabat yang selalu dalam ingatan.

"Kalam kebenaran tiada berdusta" saya mulai kembali langkah ini bagi menyumbang sedikit idea@ilmu yang ada untuk sahabat-sahabat setelah sekian lama menyepi-sesepi malam bulan purnama.Pernah dahulu saya hadir dengan"Bisikan nurani pena"tatkala diri ini ghairah untuk menulis, seketika kemudian menyepi atas beberapa perkara yang tidak dapat saya elakkan.Kemaafan saya pohon kepada sahabat-sahabat kerana itu.

Tulisan yang berfaedah itu memberi impak positif terhadap dunia penulisan selain tanggapan pembaca terhadap diri si penulis itu.Adalah perlu bagi si penulis memerhatikan setiap baris penulisan mereka agar tiada cacat-cela yang akan memberi kesan negatif kepada si pembaca khususnya.Dan rasa bertanggungjawab itu perlu hadir dalam diri setiap penulis terhadap apa-apa yang dicoretkan.

Disaat idea itu hadir perlulah kita manfaatkan ia sepenuhnya untuk dikongsikan bersama.Jangan sesekali kita mempersia kedatangannya walaupun hanya sebaris kata.Manakan kita tahu idea itu diperlukan oleh sebilangan besar pembaca.Mungkin makcik pembersih tandas pun memerlukannya apatah lagi mahasiswa/siswi universiti yang dalam ketandusan idea untuk menyiapkan tesis mereka.

Idea dan ilham itu tidak selalu hadir kerana ia milik tuhan yang maha Esa.Tatkala ia datang dan berlalu pergi adalah atas kehendakNya jua.Pohonlah dengan penuh keimanan agar apa yang kita titipkan itu tidak memberi keburukan dan kesan negatif kepada si pembaca.Wallahualam

0 ulasan: